Skip to main content

Selebriti

Lambaian Terakhir Sebelum Lemas, SAYANG SAYANG Bangkitkan Memori Tragedi Bapa Mhia Firdaus - "Dia Tahu Masa Dia Telah Tiba..."

Lambaian Terakhir Sebelum Lemas, SAYANG SAYANG Bangkitkan Memori Tragedi Bapa Mhia Firdaus - "Dia Tahu Masa Dia Telah Tiba..."

Sekilas

  • Mhia Firdaus berkongsi kenangan tragis arwah ayahnya, Firdaus Hanif, yang meninggal dunia akibat lemas ketika memancing dan bagaimana ayahnya sempat menyelamatkan rakannya sebelum meninggal.
  • Mhia terinspirasi dengan keberanian ayahnya yang memilih untuk menyelamatkan orang lain dan menyerah kepada takdir ketika menghadapi situasi kritikal di laut.
  • Filem SAYANG SAYANG yang menampilkan Mhia akan ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober dan di Malaysia mulai 5 November, mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu mencari identiti dan impian mereka.
Advertisement

Pelakon, Mhia Firdaus mengakui laut mengingatkan dirinya pada arwah ayah, pengarah Firdaus Hanif yang meninggal dunia akibat lemas ketika memancing.

Mengimbas kembali tragedi menyayat hati itu, Mhia berkata arwah ayahnya sempat menyelamatkan dan memberi lambaian terakhir kepada rakannya sebelum dia lemas di tempat kejadian.

Advertisement

“Laut itu mengingatkan saya pada arwah ayah. Kami diberitahu dia dapat berpaut tetapi dia tarik kawan dia untuk berpaut pada besi.

"Kali terakhir kawan dia nampak ayah adalah ayah saya lambai padanya. Jadi, ia buat saya terfikir macam mana manusia boleh cari ketenangan,"katanya kepada Gempak.

Mhia berkata demikian ketika ditemui selepas tamat malam gala filem SAYANG SAYANG yang berlangsung di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada Selasa.

Advertisement

Dalam pada itu, Mhia amat mengagumi  bagaimana ayahnya berdepan dengan situasi tersebut, namun tetap memilih untuk menyelamatkan nyawa orang lain dan berserah kepada takdir tuhan.

"Bila saya buat babak diving itu, kadangkala air berombak. Jadi, saya akan letak kepala dalam air. Pemandangan saya adalah coral. Namun, saya terfikir bagaimana dia letak segala kepercayaan kepada tuhan dan boleh tahu bahawa masanya sudah tiba.

"Saya terfikir bagaimana dia berdepan dengan situasi itu. Waktu saya di situ, lautan amat tenang. Tetapi yang dia lalui itu tragedi dan air sangat kuat. Dia tahu masa dia telah tiba. Macam mana dia boleh terfikir nak selamatkan kawan dia dulu,"ujarnya.

Mengulas lanjut, Mhia turut berkongsi keadaan tubuh ayahnya ketika berjaya ditemui selepas empat hari hanyut dan lemas di lautan.

"Kami jumpa mayat dia dalam empat hari. Tangan dia dalam kedudukan solat, dada dia dah ke atas. Kami tahu dia cuba tarik nafas yang terakhir.

"Tapi saya tiada di kedudukan dia, cuma kekuatan yang dia ada untuk selamatkan rakan dia itu yang berikan semangat untuk saya jayakan filem ini,"kongsinya.

Menurutnya, meskipun dia tidak dapat berjumpa dengan arwah ayahnya, namun dia masih boleh merasakan kehadiran jiwa ayahnya ketika melakukan babak diving.

"Saya dah tak boleh lihat ayah saya secara fizikal tetapi saya boleh rasa kehadiran dia melalui air. Itulah Sayang Sayang,"jelasnya.

SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza iaitu Ajay, Mina dan San San yang mencari identiti, mengejar impian serta mencari tempat mereka dalam kehidupan.

Filem tersebut turut menampilkan Mhia Firdaus, Nandagopall Mohan, Jo Kukathas, Sasha Tang, Amir Ahnaf, Ong Ai Leng, Farah Ahmad, Vemanna Appannah, Khir Rahman dan ramai lagi.

SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 5 November depan.

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Must Watch Video

Advertisement