Skip to main content

Berita

Lebih Berkrim Dengan 24% Kandungan Lemak, Jasmine Lancar Krim Kelapa Di MIHAS 2026

Lebih Berkrim Dengan 24% Kandungan Lemak, Jasmine Lancar Krim Kelapa Di MIHAS 2026

Sekilas

  • Jasmine Food Corporation lancar Jasmine Krim Kelapa satu liter dengan kandungan lemak 24% khas untuk sektor perkhidmatan makanan di MIHAS 2026.
  • Produk baru ini direka untuk tekstur halus, berkrim dan konsisten, sesuai untuk pengusaha restoran dan SME.
  • Selain itu, Jasmine Food perkenal semula Jasmine Santan Kelapa 200ml dan Jasmine Ketupat Mini, sambil mengekalkan kualiti dan pensijilan halal pada semua produk.
Advertisement

Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. terus memperluas perniagaan melangkaui kategori beras menerusi pelancaran Jasmine Krim Kelapa yang direka khusus untuk sektor perkhidmatan makanan.

Produk baharu itu dilancarkan sempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 di MITEC, Kuala Lumpur, hari ini.

Jasmine Krim Kelapa hadir dalam format satu liter dengan kandungan lemak 24 peratus selain menawarkan tekstur lebih halus, berkrim serta konsisten untuk memenuhi keperluan pengusaha restoran dan perusahaan kecil serta sederhana (SME).

Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd., Alan Kwong berkata, pelancaran tersebut menjadi langkah penting buat syarikat dalam memperluaskan peranan sebagai penyedia penyelesaian makanan kepada sektor perkhidmatan makanan.

“Jasmine Food sentiasa sinonim dengan beras berkualiti, namun kini kami bersedia untuk melangkaui kategori beras dan memperluas peranan sebagai rakan penyedia penyelesaian makanan untuk sektor perkhidmatan makanan.

“Jasmine Krim Kelapa dihasilkan dengan mengambil kira keperluan perniagaan, teksturnya halus, lebih berkrim, sesuai untuk pelbagai jenis masakan dan paling penting, memberikan hasil yang konsisten dalam setiap hidangan,” katanya.

Pada masa sama, Jasmine Food turut memperkenalkan semula Jasmine Santan Kelapa 200 mililiter dan Jasmine Ketupat Mini bagi memenuhi keperluan isi rumah serta pengguna yang mahukan pilihan lebih mudah dalam penyediaan makanan harian.

Gabungan produk tersebut mencerminkan strategi syarikat untuk terus memperluas portfolio selain kategori beras sambil kekal dekat dengan citarasa serta keperluan pengguna Malaysia.

Dalam usaha memperluaskan rangkaian produk, Jasmine Food turut mengekalkan kualiti, nilai dan jaminan halal sebagai antara asas utama pembangunan produknya.

Menurut syarikat itu, semua produk Jasmine memperoleh pensijilan halal sekali gus mengukuhkan komitmennya dalam menawarkan produk makanan kepada pengguna, perniagaan dan pasaran halal yang lebih luas.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement