Skip to main content

Selebriti

Lelaki Baik Semakin Pupus, Wanna Ali Akui Sukar Cari Lelaki 'Provider' - "Goodluck Wanita Di Luar Sana"

Wanna Ali

Pelakon, Wanna Ali berpendapat wanita tidak seharusnya menyara suami dalam rumah tangga.

Wanna atau nama penuhnya Nor Syazwana Mohd Ali berkata dia memahami jika wanita mencari suami 'provider' terutama bagi wanita yang menyara keluarganya semasa bujang.

“Saya melihat ia sebagai sesuatu yang buruk apabila wanita yang sudah berdikari dan menyara diri mahukan seorang lelaki yang mahu menyara dirinya pula.

“Jika saya mahu berkahwin, tidak logik sekiranya saya pula yang perlu menyara suami," katanya kepada Gempak.

Wanna berkata demikian ketika ditemui pada konsert minggu ke-10 FV12 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Bukan Sekadar Lafaz turut mengakui sukar mencari lelaki yang benar-benar memberi nafkah sepenuhnya, malah menyifatkan lelaki yang baik kini semakin pupus.

“Memang sukar nak cari lelaki 'provider' yang boleh menyara pasangan.

“Saya rasa lelaki yang benar-benar baik pada zaman sekarang sudah pupus.

“Goodluck kepada wanita di luar sana kerana hakikatnya memang tidak mudah," ujarnya.

Katanya lagi, dalam islam telah menekankan bahawa tanggungjawab mencari nafkah terletak pada peranan seorang suami dan bukanlah Wanita.

“Bila isu ini timbul, ada reaksi yang mempersoalkan apa wanita boleh sediakan buat keluarga.

“Sedangkan dalam agama sudah jelas bahawa lelaki bertanggungjawab menyediakan nafkah," jelasnya.

Terdahulu, Wanna dan Khairul selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup pada 9 Februari lalu.

Must-Watch Video

Advertisement