Skip to main content

Berita

Lelaki Berusia 23 Tahun Maut, 60 Tulang Mangsa Patah Akibat Didera Teman Serumah Dari Neraka

Lelaki Berusia 23 Tahun Maut, 60 Tulang Mangsa Patah Akibat Didera Teman Serumah Dari Neraka

Sekilas

  • Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan di Fukuoka, Jepun selepas disyaki mendera bekas rakan serumahnya sehingga menyebabkan kematian dengan kira-kira 60 patah tulang.
  • Mangsa, Naoto Kaneda, 23, meninggal dunia pada Mac 2023 akibat kecederaan parah yang dipercayai berpunca daripada penderaan berulang sejak Oktober 2022.
  • Suspek dipercayai mengawal pergerakan mangsa dan memaksa memakai pelitup muka sepanjang masa untuk sembunyikan kesan penderaan daripada orang lain.
Advertisement

Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan polis di wilayah Fukuoka, Jepun selepas disyaki menyebabkan kematian bekas rakan serumahnya yang dipercayai menjadi mangsa penderaan fizikal sehingga mengalami kira-kira 60 patah tulang di seluruh badan.

Suspek, Kintaro Tanitomi ditahan minggu lalu bagi membantu siasatan berhubung kematian Naoto Kaneda, 23, yang dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan parah susulan penderaan berulang.

Advertisement

Perbuatan pelaku terbongkar selepas Kaneda dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas tidak sedarkan diri, namun keadaannya tidak menunjukkan pemulihan sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 21 Mac 2023.

Kes berkenaan mencetuskan perhatian terhadap dakwaan penderaan termasuk kemungkinan mangsa dikawal dan dikurung.

Suspek dipercayai turut mengawal pergerakan mangsa ketika berada di luar rumah selain memantau keberadaannya secara berkala.

Advertisement

Polis menahan Tanitomi untuk membantu siasatan, namun dia dilaporkan enggan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa.

Siasatan awal mendapati penderaan itu berlaku di sebuah pangsapuri di bandar Kurume pada Oktober 2022 kira-kira lima bulan sebelum Kaneda menemui ajal.

Selain itu, polis mendedahkan bahawa Tanitomi memaksa Kaneda memakai pelitup muka sepanjang masa termasuk ketika berada di dalam rumah.

Pihak berkuasa percaya tindakan itu bertujuan menyembunyikan kesan penderaan fizikal daripada diketahui orang lain.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement