Skip to main content

Jenayah

Lelaki Maut Dibunuh Rakan Kerana Tak Kongsi Hotspot, Paksa S*ks Bertiga Dengan Isteri

bunuh_hotspot

Seorang lelaki di Kecamatan Tualang, Kabupaten Siak, Riau ditangkap polis selepas perbuatan kejinya terbongkar.

Dikenali sebagai Ikhsan, 44, suspek telah membunuh mangsa yang juga rakannya, Novrianto, 39, hanya kerana tidak berkongsi hotspot telefon.

Advertisement

“Motif kejadian bunuh sangat ringkas. Dia tidak diberi jaringan hotspot. Oleh kerana di bawah pengaruh khayal kerana minum tuak, suspek emosional dan membunuh mangsa hingga meninggal dunia,”ujar Kapolres Siak AKBP Eka Ariandy Putra, seperti dilaporkan Detik.com.

Selepas membunuh mangsa pada 26 Oktober, Ikhsan  menanam mayat rakannya itu di kebun rumahnya namun perbuatan itu terbongkar selepas jirannya terhidu bau busuk lalu menggali semula kesan ‘kubur’ sebelum menemui mayat Novrianto, dua selepas jenayah dilakukan.

Lebih mengejutkan, selepas siasatan dijalankan, isteri suspek mendedahkan suaminya telah memaksa mangsa melakukan seks bertiga (threesome) bersama mereka sebelum kejadian berlaku.

Menurut wanita malang itu, saat kejadian, dia sedang tidur di sebuah bilik pada bahagian belakang rumah mereka sebelum Ikhsan mengheretnya keluar lalu memaksa dia melakukan seks bersama suspek.

Kerana tidak berdaya, dia merelakan jenayah itu berlaku sebelum suaminya ikut menyetubuhinya selepas dirogol suspek.

Sewaktu kejadian berlaku, kedua-duanya didakwa khayal kerana tuak.

Must-Watch Video

Advertisement