Skip to main content

Antarabangsa

Lelaki Warga Emas Terpelanting Setinggi 2.5 Meter Akibat Ditanduk Bison

Seekor bison jantan menyerang seorang pelancong sebelum melambungkannya kira-kira 2.5 meter ke udara dalam kejadian di sebuah tapak perkhemahan di Taman Negara Yellowstone, Wyoming pada 10 Julai 2026. Kejadian itu dirakam oleh saksi, Mike MacLeod.

Sekilas

  • Seorang lelaki berusia 65 tahun cedera parah selepas ditanduk bison jantan di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat.
  • Kejadian berlaku ketika bison yang agresif akibat musim mengawan mengejar mangsa dan cucunya di kawasan perkhemahan Bridge Bay Campground.
  • Pihak taman negara mengingatkan pengunjung supaya sentiasa menjaga jarak sekurang-kurangnya 23 meter dari bison kerana haiwan ini boleh menjadi sangat agresif dan berlari laju.
Advertisement

Seorang lelaki berusia 65 tahun cedera parah selepas ditanduk seekor bison jantan sebelum tercampak hampir 2.5 meter ke udara dalam kejadian di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Mangsa, Carl Isom-McDaniel, mengalami beberapa patah tulang dan dikejarkan ke hospital selepas diserang haiwan liar itu di kawasan perkhemahan Bridge Bay Campground berhampiran Tasik Yellowstone.

Advertisement

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam waktu tempatan (Di Yellowstone malam keadaan masih terang akibat matahari lewat terbenam) ketika bison berkenaan dilaporkan berkeliaran dalam keadaan agresif sebelum beberapa kali mengejar pengunjung di kawasan perkhemahan.

Jurugambar hidupan liar, Mike MacLeod yang merakam kejadian itu berkata, bison tersebut dipercayai menjadi lebih agresif berikutan musim mengawan yang baru bermula.

Menurutnya, mangsa bersama cucunya pada mulanya berhenti untuk mengambil gambar bison berkenaan sebelum haiwan itu tiba-tiba mengejar mereka.

"Cucu mangsa sempat menyelamatkan diri, namun mangsa ditanduk pada bahagian pinggul sebelum tercampak hampir 2.5 meter ke udara," katanya.

MacLeod berkata, dia bersama beberapa pengunjung lain kemudian menjerit dan berlari ke arah bison itu bagi mengalih perhatiannya sehingga haiwan berkenaan berundur.

Advertisement

Mangsa diberikan bantuan awal sebelum ambulans Taman Negara Yellowstone tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Setakat ini, pihak Taman Negara Yellowstone masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut.

Pihak taman negara turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berada sekurang-kurangnya 23 meter dari bison kerana haiwan itu mampu berlari sehingga kira-kira 48 kilometer sejam walaupun berbadan besar, selain menjadi lebih agresif ketika musim mengawan.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement