Skip to main content

Selebriti

"Maafkan Aku Sebab Bukan 'Jantan Sejati' Macam Orang Lain" - Ojen Aiwahhh

WhatsApp Image 2026 02 13 at 12.49.33 PM

Sekilas

  • Ojen Aiwahhh meluahkan rasa sedih dan memohon maaf kerana sifat lembutnya dianggap kesalahan selepas membaca komen jurulatih kecergasan Tareq Fit.
  • Ojen turut memohon maaf kepada ibunya kerana tidak menepati ciri-ciri 'lelaki sejati' seperti yang diharapkan masyarakat.
  • Tareq Fit sebelum ini mempersoalkan kehadiran ramai lelaki lembut dalam foto rakan-rakannya yang dikongsi oleh usahawan Khairul Aming.

Personaliti media sosial dan usahawan, Ojen Aiwahhh meluahkan rasa sedih selepas membaca sebuah komen daripada jurulatih kecergasan Tareq Fit berhubung isu lelaki lembut.

Menerusi perkongsian di Threads, Ojen berulang kali memohon maaf sekiranya sifat lembut dirinya dianggap sebagai satu kesalahan.

"Apabila baca komen ini, benda pertama dalam otak aku adalah kenapa dengan lelaki lembut. Kalau jadi lelaki lembut itu satu kesalahan aku minta maaf," tulisnya.

Dalam masa sama, Ojen turut berkongsi berkongsi bahawa dia bahkan memohon maaf kepada ibunya kerana dia tidak menepati ciri-ciri 'lelaki sejati' seperti yang diharapkan oleh orang ramai.

"Aku sampai minta maaf dengan mak aku sebab anak lelaki dia tak sama macam orang lain. Maafkan aku sebab aku bukan jantan sejati macam orang lain. Aku tak boleh nak jadi apa yang orang lain nak aku jadi. Aku minta maaf tau," ujarnya.

Terdahulu, Tareq Fit meninggalkan komen di ruangan perkongsian usahawan, Khairul Aming, yang memuat naik foto rakan-rakannya menikmati hidangan di restorannya, Rembayung.

Tareq memuji hidangan yang disajikan, namun mempersoalkan kehadiran ramai lelaki lembut dalam foto tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Topik Berkaitan

Advertisement