Skip to main content

Berita

Mahu Dimanjakan Persis Bayi, Wanita Terkejut Suami Pakai Lampin Ketika Malam Pertama - “Dia Siap…”

Suami Pakai Lampin Macam Bayi

Sekilas

  • Seorang wanita terkejut apabila suaminya yang sudah berkahwin menunjukkan tabiat memakai lampin pakai buang dewasa seperti bayi.
  • Suaminya mengakui suka dilayan seperti bayi, dan wanita itu sanggup menukar lampin suaminya setiap hari kerana rasa kasihan.
  • Keadaan ini dikenali sebagai Adult Baby Diaper Lover (ADBL) atau Sindrom Bayi Dewasa, di mana individu berperilaku seperti kanak-kanak.

Percintaan sebelum mendirikan rumah tangga belum cukup untuk seseorang itu mengenali hati budi serta perangai pasangan.

Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila dia terkejut dengan karenah pelik suaminya selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian yang dibacakan @thechiccodepodcast, seorang individu berkongsi bahawa kekasihnya mengakui bahawa dia suka jika dilayan seperti bayi.

“Sebelum kami berkahwin dan sewaktu kami sedang mengadakan perbincangan, kekasih saya bagitahu yang dia suka dilayan seperti seorang bayi.

“Saya okay saja sebab fikirkan bahawa dia sekadar suka bermanja seperti bayi sekali-sekala,” kongsinya.

Sehinggalah mereka mendirikan rumah tangga, alangkah terkejutnya si isteri apabila mendapati suaminya benar-benar memakai lampin pakai buang dewasa persis seorang bayi.

“Pada malam pertama kami, saya sangat terkejut melihat dia memakai lampin.

“Bukan itu sahaja, dia juga terkencing di dalam lampin sama seperti bayi yang masih kecil.

Disebabkan rasa kasihan, wanita itu memaklumkan bahawa dia akan menukarkan lampin suaminya setiap pagi pada setiap hari.

“Dah macam bayi kecil, saya akan tukar lampinnya pada setiap hari,” ujarnya.

Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa pelik dengan tabiat pelik lelaki berkenaan.

Sementara itu, hasil pemeriksaan Gempak mendapati bahawa keadaan yang dialami lelaki tersebut dinamakan sebagai Adult Baby Diaper Lover (ADBL) atau Sindrom Bayi Dewasa dimana golongan ini cenderung untuk berperilaku seperti kanak-kanak.

Sumber: IG The Chic Code Poscast

Must-Watch Video

Advertisement