Skip to main content

Selebriti

Mahu Hiburkan Wargamaya, Izara Aishah Suka Bergurau Ketika Buat Live -  "Itu Adalah Karakter Untuk Jual…” 

Izara Aishah live

Hanya mahu menghiburkan pengikut, pelakon, Izara Aishah menegaskan apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan ketika membuat live di media sosial sekadar gurauan sahaja. 

Menurut Izara, sikap lantangnya ketika bersiaran langsung sering disalah tafsir, malah mendakwa terdapat pihak hanya mengambil sebahagian rakaman sehingga mencetuskan salah faham.

"Itu adalah karakter untuk jual diri saya. Saya cuma hiburkan penonton saya. Kadang kita kat Live lain dengan realiti. Mereka potong dan ambil bahagian yang marah-marah tetapi 90 peratus cara saya bercakap adalah seperti ini. 

"Saya cuma bergurau. Orang penang kan fahamlah. Lagipun, saya dah kurangkan sikit sebab banyak pula fitnah dan cerita lain. Saya tak gemar," katanya kepada Gempak.

Izara berkata demikian selepas selesai pengembaraan kolabrasi produk bersama Aliff Syukri di Wisma Dherbs pada 6 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Izara yang dikenali sebagai individu lantang dan tegas berpendapat apa yang dipaparkan di media sosial tidak sepenuhnya mencerminkan realiti keperibadian seseorang.

"Ia tak beri kesan pada saya. Biasalah, setiap orang ada pandangan masing-masing. Pengikut saya pun tahu saya jenis bagaimana.

"Saya seorang yang lantang bersuara dan tegas. Bila datang rumah orang dan kecam dia, bila tuan rumah itu balas balik, kena faham dan terima. Tak boleh satu pihak sahaja. 

"Saya tak pernah serius pun bila bergaduh dalam media sosial sebab saya percaya realitinya semua baik-baik sahaja. Jangan percaya sangat di media sosial," katanya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement