Penyanyi, Amira Othman mengadakan majlis khatam Al-Quran hari ini sebelum dirinya sah bergelar isteri kepada pelakon, Fattah Amin.
Menerusi perkongsian di Instagram milik pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor, Amira kelihatan tampil anggun dalam jubah berwarna nude sambil memperlihatkan seri pengantin ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran.
Advertisement
Majlis berkenaan turut dipimpin oleh Ustazah Asni yang membimbing bacaan serta menyampaikan tazkirah ringkas mengenai keindahan Al-Quran, diiringi bacaan selawat bersama para tetamu.
Terdahulu, Fattah membuat kejutan manis ketika majlis pelancaran single terbaru Amira bersama adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir, apabila mengumumkan tarikh pernikahan mereka yang juga bertepatan dengan hari lahirnya.