Skip to main content

Berita

Mayat Ditemukan Dalam Ruang Simpanan Tayar Pesawat Di KLIA2

Mayat Ditemukan Dalam Ruang Simpanan Tayar Pesawat Di KLIA2

Sekilas

  • Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui dalam keadaan mereput di ruang simpanan tayar pesawat di KLIA Terminal 2 pada pagi Khamis.
  • Mangsa dianggarkan berusia 17 hingga 25 tahun dan memakai hoodie putih dengan gambar naga serta seluar jeans biru muda tanpa sebarang kecederaan.
  • Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut prosedur kematian mengejut.
Advertisement

Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan mereput di ruang simpanan tayar sebelah kanan sebuah pesawat di kawasan parkir pesawat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu daripada Pusat Kawalan Operasi Lapangan (AOCC) kira-kira pukul 7 pagi.

Advertisement

Katanya, pemeriksaan di ruang simpanan tayar pesawat terbabit menemukan seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan sudah meninggal dunia.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada badan mangsa.

"Mangsa dianggarkan berusia antara 17 hingga 25 tahun berdasarkan saiz fizikal,” katanya.

Ravi berkata, mangsa ketika ditemukan memakai hoodie putih dengan gambar naga di bahagian belakang serta tulisan ‘Oakley’ di bahagian hadapan.

"Mangsa turut memakai seluar jeans biru muda, tali pinggang kulit berwarna coklat, stokin dan kasut sukan hitam.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan dikesan pada badan mangsa,” katanya.

Ravi berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang bagi proses bedah siasat.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut prosedur kematian mengejut (SDR).

Difahamkan, mayat berkenaan ditemukan dalam pesawat yang tiba dari Tokyo, Jepun.

Hasil pemeriksaan awal turut mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih 72 jam.

Sumber: Awani

Anda mungkin berminat dengan

70mai A200 Dashcam 1080P Full HD Resolution + HDR | Dual Channel Recording | App Control | 24H Parking Surveillance |

70mai A200 Dashcam 1080P Full HD Resolution + HDR | Dual Channel Recording | App Control | 24H Parking Surveillance |

Must Watch Video

Advertisement