Skip to main content

Antarabangsa

Mayat Wanita Ditemui Dalam Beg Pakaian, Disumbat Di Peti Sejuk

Mayat Wanita Ditemui Dalam Beg Pakaian, Disumbat Di Peti Sejuk

Sekilas

  • Mayat seorang wanita Thailand berusia 37 tahun ditemui dalam beg pakaian yang disimpan di dalam peti sejuk pejabat di Taichung, Taiwan.
  • Teman lelaki mangsa, seorang lelaki Taiwan berusia 43 tahun, ditahan dan didakwa membunuh selepas mengaku mencekik mangsa hingga maut kerana mahu menamatkan hubungan.
  • Siasatan polis menggunakan rakaman CCTV membantu mengesan dan menahan suspek yang menyimpan mayat mangsa selama seminggu sebelum ditemui.
Advertisement

Misteri kehilangan seorang wanita warga Thailand berusia 37 tahun terungkai selepas mayatnya ditemui dalam sebuah beg pakaian yang disimpan di dalam peti sejuk di sebuah pejabat di Taichung, Taiwan.

Mangsa, yang hanya dikenali sebagai Arth, dipercayai telah meninggal dunia kira-kira seminggu sebelum mayatnya ditemukan pada Sabtu, lapor The Bangkok Post.

Advertisement

Menurut laporan Channel News Asia dan Taipei Times pula, teman lelaki mangsa, seorang lelaki Taiwan berusia 43 tahun yang dikenali sebagai Wu, telah ditahan dan didakwa atas pertuduhan membunuh.

Wu turut membawa polis ke lokasi peti sejuk berkenaan selepas ditahan hujung minggu lalu.

Difahamkan, Arth dan Wu mula menjalinkan hubungan selepas lelaki itu berkunjung ke Thailand. Mereka kemudiannya meneruskan hubungan jarak jauh dan beberapa kali bertemu di Taiwan serta Thailand.

Hubungan tersebut dipercayai sudah berlangsung kira-kira setahun sebelum tragedi berkenaan berlaku.

Arth dilaporkan tiba di Taiwan pada 2 September. Pada 12 September, Wu pergi menemuinya di sebuah hotel berhampiran Ximending, Taipei. Keesokan harinya, Wu dilihat meninggalkan hotel tersebut sambil membawa sebuah beg pakaian berukuran besar.

Sejak itu, Arth atau nama sebenarnya Duangpon Arthan tidak lagi dilihat atau dapat dihubungi.

Siasatan polis kemudiannya membawa kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), yang membantu pihak berkuasa mengesan dan menahan Wu.

Ketika disoal siasat, Wu didakwa memberitahu polis melakukan jenayah tersebut selepas Arth mahu menamatkan hubungan mereka.

Dia kemudian mendakwa hilang kawalan sebelum mencekik wanita berkenaan sehingga maut.

Wu kemudiannya memasukkan mayat Arth ke dalam beg pakaian sebelum membawanya ke pejabatnya di Taichung.

Mayat wanita itu dipercayai disimpan di dalam peti sejuk di pejabat tersebut selama seminggu sebelum ditemukan polis.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement