Skip to main content

Antarabangsa

Misteri Rumah Terbakar 55 Kali Akhirnya Terjawab

Astrogempak bakar

Sekilas

  • Kebakaran berulang di rumah Agus Yani di Yogyakarta, Indonesia, yang berlaku sejak 23 Mei akhirnya dapat dijelaskan.
  • Pasukan penyelidik dari dua universiti mendapati punca kebakaran itu mungkin disebabkan oleh gas metana yang keluar dari bawah tanah sekitar rumah tersebut.
  • Gas metana itu tidak merebak ke rumah lain kerana sifatnya yang naik ke udara, dan kawasan itu dipercayai pernah menjadi paya berdasarkan kajian batuan dan gelembung gas.
Advertisement

Misteri kejadian kebakaran berulang di sebuah rumah akhirnya berjaya dirungkai.

Insiden pelik itu menimpa kediaman milik Agus Yani di Kecamatan Seyegan, Kabupaten Sleman, Yogyakarta di Indonesia yang berlarutan sejak 23 Mei lalu.

Advertisement

Pelbagai perabot rumah, pakaian, karpet dan peralatan lain dilaporkan rosak akibat dijilat api.

Pasukan penyelidik dari Universiti Pembangunan Nasional Veteran Yogyakarta dan Universiti Gadjah Mada (UGM) kemudiannya turun padang untuk mengenal pasti punca sebenar berdasarkan kajian saintifik.

Mereka menyimpulkan bahawa kebakaran berulang itu berkemungkinan berkaitan dengan kewujudan gas metana yang keluar dari bawah permukaan tanah di sekitar rumah berkenaan.

Kejadian itu turut menarik perhatian Bupati Sleman, Harda Kiswaya yang berkunjung ke rumah Agus pada akhir minggu lalu.

"Pemerintah daerah belum menyiapkan pusat pemindahan untuk penduduk sekitar memandangkan kebakaran itu hanya tertumpu di rumah Agus," jelasnya.

Advertisement

Pensyarah Jabatan Teknik Geologi UGM, Sarju Winardi menjelaskan gas metana yang muncul di rumah tersebut tidak merebak secara mendatar ke rumah lain kerana sifatnya yang cenderung naik ke udara.

Sementara itu, Dekan Fakulti Teknologi Mineral dan Tenaga UPN Veteran Yogyakarta, Basuki Rahmad berkata, kajian awal menemui singkapan batuan lanau berwarna gelap sekitar 300 meter dari rumah berkenaan.

Kawasan itu turut menunjukkan kewujudan gelembung gas yang dipercayai metana, sekali gus menguatkan andaian bahawa lokasi tersebut pernah menjadi kawasan paya suatu ketika dahulu.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement