Skip to main content

Selebriti

Momen Sweet Fattah Amin & Amira Othman Di Pantai Jadi Tumpuan

fa dan ao pantai

Pasangan pengantin baru, Fattah Amin dan Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dilihat menikmati masa bersama di tepi pantai.

Menerusi perkongsian di media sosial, pasangan itu kelihatan sedang bersiar-siar menaiki sebuah ATV yang dipandu oleh Fattah, sambil Amira setia menemani di belakang.

Advertisement

Aksi mesra mereka pantas membuatkan ruangan komen dibanjiri dengan reaksi terhibur daripada netizen.

"Lah aku pulak yg blushing diorang pegang-pegang.

"Rasanya aku tak payah senyum kot.

"Sejak Amira dengan Fattah kawin ni aku macam orang gila je, asyik senyum sorang-sorang.

"Memang kewujudan aku di muka bumi ni hanya utk seimbangkan ekosistem je," komen netizen.

Terdahulu, Fattah dan Amira telah selamat dijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tree, Sepang, Selangor pada malam Ahad lalu.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri tepat jam 9.08 malam hanya dengan sekali lafaz.

Sebelum ini, Fattah turut membuat pengumuman mengenai perkahwinan mereka sewaktu sidang media pelancaran single duet Rasa & Takdir nyanyian Amira bersama adiknya, Irfan Haris.

Must-Watch Video

Advertisement