Penyampai radio ERA & pengacara, Munaa Bella akui tidak percaya dirinya sering diberi kepercayaan untuk mengendalikan selebriti daripada Korea Selatan.
Menurut Muna, mengacarakan majlis seperti itu sudah menjadi impiannya sejak sekian lama.
Advertisement
"Saya rasa mungkin ini rezeki saya tahun ini, Alhamdulillah Allah nak bagi sebab saya tunggu lama dah. Saya pun tunggu lama Waktu ini dan akhirnya saya dapat berada di atas pentas.
"Macam sebelum ini saya memang ada je peluang tapi tidak sebanyak tahun ini. Saya rasa mungkin kedengaran banyak sebab saya back-to back," jelas Munaa Ketika dihubungi Gempak.
Munaa turut berkata rezeki ini tidak datang bergolek dengan sendiri dan ia memerlukan kesabaran yang tinggi.
Perkongsian Muna di sosial media sering mendapat perhatian peminat kerana sering bertemu dengan selebriti K-Pop yang mereka minanti.
"Munaa bella menang besar tahun ni, banyak dapat jumpa oppa hensem. Tak adil.
"Bestnya jadi Munaa bella.
"Ok ni saya jeles.
"Seronoknya jadi Munaa, semua majlis artis korea dia jadi pengacara.
"Untung Munaa sebab banyak artis korea dia jumpa. Kalau dia jumpa byeon woo seok juga memang saya nangis. Saya pun nak jumpa dia," komen netizen
Dalam masa sama, ramai turut kagum dengan kebolehan anak kelahiran Pulau Pinang itu yang fasih dalam pelbagai bahasa selain bijak mengendalikan peminat.
"Sukanya pengacara ni, sangat berbakat serta fasih bahasa melayu, korea dan bahasa inggeris.
"Saya kagum lihat muna.
"Hebatla bahasa korea muna," komen netizen
Sebelum ini, Munaa pernah mengacarakan selebriti terkemuka Korea Selatan seperti Hwang In Yeop, Moon Ga Young, Lee Jong Suk dan ramai lagi.
Sekadar info, sebelum bergelar hos dan penyampai radio, Munaa terlebih dahulu menceburi bidang peragaan dan lakonan.