Skip to main content

Berita

Negara Tidak Hadapi Krisis Makanan, Bekalan Masih Mencukupi - Chan

61716960953 pasarraya

Sekilas

  • Malaysia tidak menghadapi krisis makanan dan bekalan makanan asas negara masih mencukupi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin.
  • Harga sayur-sayuran dan buah-buahan boleh berubah mengikut musim, tetapi bekalan tetap stabil dan bekalan baja dijangka mencukupi sehingga selepas Julai.
  • Kerajaan melancarkan program KPKM Dunia Agro+ dengan kerjasama Shopee untuk memperkasakan 200 usahawan tani melalui latihan digital dan sokongan e-dagang bernilai RM320,000.

Malaysia tidak berdepan krisis makanan dan bekalan masih mencukupi untuk menampung keperluan rakyat, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin.

Beliau berkata bekalan makanan asas negara kekal hasil langkah mitigasi yang diambil kerajaan seperti meningkatkan stok simpanan beras daripada enam bulan kepada sembilan bulan.

"Apa yang kita lihat sekarang ini ialah krisis tenaga, bukan krisis makanan dan bekalan makanan tetap ada," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program KPKM Dunia Agro+, di sini hari ini.

Chan berkata bekalan barangan lain seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga berada pada tahap mencukupi, walaupun harga mungkin berubah mengikut musim.

Beliau berkata faktor bermusim menyebabkan harga sayur-sayuran boleh naik atau turun pada sesuatu masa dan tidak semestinya berpunca sepenuhnya daripada krisis tenaga global.

Pada masa sama, Chan memberi jaminan bekalan baja negara masih mencukupi untuk tempoh beberapa bulan akan datang, dengan stok sedia ada dijangka mampu bertahan melepasi Julai walaupun terdapat sekatan eksport oleh beberapa negara.

Mengulas isu kenaikan kos dan cadangan menaikkan harga lantai padi susulan kenaikan harga diesel, Chan berkata kerajaan akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan.

Namun, beliau mengakui ia bukan keputusan mudah, memandangkan kerajaan kini menanggung beban subsidi yang tinggi susulan krisis tenaga global.

"Kerajaan tidak akan menutup ruang perbincangan, tetapi kita perlu mengambil kira implikasi kewangan kerana perbelanjaan berkaitan subsidi ketika ini mencecah berbilion ringgit," katanya.

Terdahulu, Chan melancarkan program Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Dunia Agro+ dengan kerjasama Shopee, yang menyasarkan 200 usahawan asas tani untuk diperkasakan melalui kemahiran digital dan peluasan akses ke pasaran e-dagang.

Beliau berkata peserta program melibatkan kategori makanan, minuman, snek dan produk segar akan menerima latihan serta bimbingan termasuk melalui Shopee University, meliputi aspek seperti penstriman langsung, pengoptimuman penyenaraian produk dan strategi jualan dalam talian.

Selain itu, pakej sokongan penjual bernilai RM320,000 turut disediakan bagi membantu peserta meningkatkan kehadiran mereka di platform e-dagang.

Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement