Skip to main content

Viral

Niat Dah Baik! Tetapi Wanita Ini Ditampar Gara-Gara...

WANITA CHINA DITAMPAR

Seorang wanita di China yang berniat ikhlas membantu seorang warga emas melintas jalan sibuk bertukar duka apabila tindakannya dibalas dengan tamparan di muka.

Menurut laporan Elephant News, insiden mengejutkan itu dirakam menerusi sebuah video yang dikongsikan secara meluas di media sosial oleh seorang pemandu kereta yang berada di belakang wanita tersebut.

Advertisement

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Lanzhou, wilayah Gansu pada 12 September lalu.

Lelaki warga emas berusia sekitar 70 hingga 80 tahun itu dilihat sedang memikul dua beg berat ketika melintas jalan tanpa menggunakan lintasan zebra.

Beberapa kenderaan dilihat tidak mengendahkannya, malah terus memecut sehingga menyukarkan lagi langkahnya.

Prihatin dengan situasi itu, wanita berkenaan segera keluar dari kereta dan berlari mendapatkan lelaki tersebut.

Dengan tangan kirinya, dia memapah warga emas itu, manakala tangan kanannya mengisyaratkan kenderaan lain untuk memberi laluan. Namun, tanpa disangka, lelaki itu berpaling lalu menampar muka wanita berkenaan sehingga cermin matanya tercampak.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement