Skip to main content

Berita

Op Luxury: Kenderaan Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Pakar Motivasi Antara Disita JPJ

IMG 1039

Sekilas

  • JPJ telah menyita 1,814 kenderaan mewah dalam Operasi Khas Kenderaan Mewah, termasuk kenderaan milik bekas pemain bola sepak kebangsaan dan pakar motivasi.
  • Kenderaan disita kerana pelbagai kesalahan seperti tiada insurans, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, dan lesen memandu tidak sah.
  • JPJ menegaskan kegagalan memperbaharui LKM adalah kesalahan serius dan tidak akan berkompromi dalam tindakan kompaun serta sitaan.

Kenderaan mewah milik seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan dan pakar motivasi antara 1,814 kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Operasi Khas Kenderaan Mewah (Op Luxury) di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Datuk Jazmanie Shafawi berkata daripada jumlah itu, 915 kenderaan pelbagai jenama termasuk Porsche dan Lamborghini dikesan dan disita tahun ini, manakala 899 kenderaan disita tahun lepas antaranya kerana gagal memperbaharu Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Beliau berkata sitaan kenderaan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu dilakukan pada awal pagi semalam berikutan tiga kesalahan iaitu ketiadaan perlindungan insurans serta LKM dan lesen memandu yang tamat tempoh sejak Disember tahun lepas.

"Dalam tempoh sudah lima bulan, bekas pemain tersebut masih gagal mendapatkan insurans dan juga LKM yang sah untuk kenderaannya," katanya pada sidang media di Depoh Sita JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di sini malam tadi.

Turut hadir Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan. 

Jazmanie berkata kenderaan pakar motivasi yang dianggarkan bernilai lebih RM500,000 pula ditahan di Lebuhraya Damansara-Puchong berikutan kesalahan LKM tamat tempoh hampir sebulan, ketiadaan insurans serta masih mempamerkan nombor pendaftaran lama walaupun kenderaan telah dibuat pertukaran nombor.

Beliau menegaskan kegagalan memperbaharu LKM merupakan satu kesalahan serius di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak JPJ tidak berkompromi untuk mengenakan tindakan kompaun serta sitaan ke atas kenderaan terlibat.

"Alasan biasa yang dikemukakan pemilik kenderaan ini adalah terlepas pandang, namun ia tidak munasabah kerana aplikasi MyJPJ sebenarnya akan mengeluarkan notis peringatan apabila lesen kenderaan hampir tamat tempoh,” katanya.

Jazmanie berkata penggunaan kenderaan tanpa LKM yang sah mengundang risiko besar kepada pemilik serta pengguna jalan raya lain kerana kenderaan berkenaan tidak dilindungi insurans sekiranya berlaku kemalangan.

Sumber: BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

In-Car Dashboard Rear View Mirror Car Mount GPS Phone Holder 360 Strong Grip Mobile Phone Car Holder

In-Car Dashboard Rear View Mirror Car Mount GPS Phone Holder 360 Strong Grip Mobile Phone Car Holder

BOLD SIRIM 10w40 4L/3L Semi Synthetic SP Engine Oil Car 10w-40 Minyak Hitam Enjin Kereta Proton Toyota Honda Perodua

BOLD SIRIM 10w40 4L/3L Semi Synthetic SP Engine Oil Car 10w-40 Minyak Hitam Enjin Kereta Proton Toyota Honda Perodua

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

TOYO-G Brake & Parts Cleaner Spray (300ml)

TOYO-G Brake & Parts Cleaner Spray (300ml)

Perodua/Daihatsu Myvi Gen3/Lagi Best, Alza, Axia, Aruz, Bezza Cabin Air Cond Filter Penapis Kabin

Perodua/Daihatsu Myvi Gen3/Lagi Best, Alza, Axia, Aruz, Bezza Cabin Air Cond Filter Penapis Kabin

MINYAK RANTAI JAPAN RK TAKASAGO CHAIN LUBE CHAIN CLEANER CHAIN BRUSH SPRAY RANTAI

MINYAK RANTAI JAPAN RK TAKASAGO CHAIN LUBE CHAIN CLEANER CHAIN BRUSH SPRAY RANTAI

Must Watch Video

Advertisement