Skip to main content
Advertisement

Viral

"Orang Awam Di Malaysia Tak Boleh Dah Pelihara Anjing" - Haris Ismail Kongsi Pandangan, Netizen Setuju

"Orang Awam Di Malaysia Tak Boleh Dah Pelihara Anjing" - Haris Ismail Kongsi Pandangan, Netizen Setuju

Sekilas

  • Haris Ismail berkongsi pandangan bahawa orang awam di Malaysia tidak sepatutnya dibenarkan memelihara anjing berdasarkan saranan agama dan isu keselamatan.
  • Beliau menegaskan kebimbangan terhadap serangan anjing yang pernah berlaku dan menyatakan ketidaksukaan terhadap kehadiran anjing di kawasan perumahan.
  • Pandangan Haris mendapat sokongan daripada beberapa pengguna media sosial, walaupun ia hanyalah pendapat peribadi beliau.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan Haris Ismail mencuri perhatian selepas berkongsi pandangan mengenai pemeliharaan anjing dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Menerusi perkongsian di Threads, Haris berpendapat orang awam tidak sepatutnya dibenarkan memelihara anjing, selain menyentuh mengenai batasan berkaitan haiwan berkenaan menurut pandangan peribadinya.

Advertisement

“Kalau tak keberatan, orang awam di Malaysia tak boleh dah pelihara anjing.

“Ini juga saranan agama. Mazhab kita memberi had-had yang sangat tinggi yang mana orang di bandar tak perlu dan tak pakai kaedah ini (jaga kebun etc),” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Haris turut membangkitkan isu keselamatan susulan beberapa kejadian membabitkan serangan anjing yang menurutnya boleh mendatangkan risiko kepada orang awam.

“Kesian tengok beberapa orang nak pergi sekolah kena gigit, ada yang sampai hampir maut.

“Saya personally tak suka dengan kehadiran anjing baik di rumah jiran bukan Islam mahupun di anjing liar. Maaf jika tak setuju. Ini hemat peribadi saya,” tulisnya lagi.

Pandangan Haris kemudian mengundang reaksi pengguna media sosial dengan beberapa individu dilihat bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan.

“Tak perlu minta maaf memang fakta begitu. Kadang kita ni harmoni sangat dan takut untuk menegur perkara yang betul,” komen seorang netizen.

“Setuju, selapan, sesembilan. Pendek kata... setuju sangat,” tulis seorang lagi.

“SETUJU,” komen seorang pengguna.

“Setuju tu,” tambah seorang lagi.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut merupakan pandangan peribadi Haris dan tangkap layar yang dikongsikan hanya memaparkan sebahagian reaksi pengguna media sosial terhadap hantaran berkenaan.

Isu pemilikan haiwan khususnya anjing sering mengundang pelbagai pandangan dalam masyarakat, termasuk dari sudut keselamatan, tanggungjawab pemilik, sensitiviti komuniti serta kebajikan haiwan.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement