Skip to main content
Advertisement

Viral

Pakat Lari Gerai Mercun Terbakar!

Astro Gempak mercun

Sekilas

  • Sebuah gerai jual mercun di Taman Pekaka, Nibong Tebal meletup dan terbakar, menyebabkan keadaan cemas di lokasi kejadian.
  • Orang ramai dan pekerja restoran berhampiran lari menyelamatkan diri, manakala premis berdekatan terpaksa ditutup.
  • Video letupan itu mendapat kecaman netizen yang menyeru pihak berkuasa memperketatkan pengeluaran lesen dan SOP jualan mercun di kawasan awam.
Advertisement

Tular satu video menunjukkan letupan berlaku di sebuah gerai menjual mercun sebelum musnah terbakar dalam kejadian dipercayai berlaku di Taman Pekaka, Nibong Tebal di sini, hari ini.

Video berdurasi 53 saat itu memaparkan situasi cemas apabila gerai yang beroperasi di tepi jalan itu tiba-tiba meletup lalu mengeluarkan percikan api besar.

Advertisement

Kelihatan orang ramai termasuk pekerja dan pelanggan di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian bertempiaran lari menyelamat diri selain premis berkenaa terpaksa ditutup.

Video tersebut mendapat kecaman pengguna media sosial selain rata-ratanya meminta pihak berkuasa mengetatkan lagi penguatkuasaan pengeluaran lesen.

“Sudah macam perang,” tulis Nazri Mamat.

“Selepas ini PBT (pihak berkuasa tempatan) tolong keluarkan lesen syarat-syarat mesti jual mercun di kawasan lapang. Bahaya jual di kawasan kedai dan orang ramai, setiap tahun terjadi,” balas Irwan Syazuan.

“Kena ada SOP yang ketat selepas ini. Mercun ini dikira bahan letupan dan berbahaya. Merata-rata jualan bahan letupan di tempat awam,” tegas Nama Peja.

Sumber: Kosmo!

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement