Sekilas
- 34 pelajar di Bihar, India mengalami keracunan makanan selepas makanan tengahari mereka tercemar dengan serbuk sabun basuh.
- Insiden berlaku selepas pelajar mengadu makanan percuma yang disediakan kerajaan tawar dan kurang garam.
- Pengetua sekolah menjelaskan tukang masak tersilap letak serbuk sabun menggantikan garam, namun pelajar kini dalam keadaan stabil selepas rawatan.
Sekumpulan 34 pelajar di Bihar di bahagian India Timur mengalami keracunan makanan selepas diberi makanan bercampur serbuk sabun basuh pada hidangan makan tengahari mereka.
Insiden tersebut terjadi selepas para pelajar tersebut didakwa membuat aduan skim makanan percuma yang disediakan kerajaan tawar dan kurang garam.
Akibatnya, kesemua pelajar dari sekolah Parsa Middle School di Nalanda dikejarkan ke hospital, lapor The Independent.
Sebelum dikejarkan ke hospital, pelajar yang mengambil makanan tengahari mereka di sekolah jatuh sakit. Ada dalam kalangan mereka mengalami pening dan muntah sehingga tidak dapat dirawat dengan baik hanya di bilik kecemasan sekolah.
Pengetua sekolah mendakwa tukang masak telah tersilap meletakkan serbuk basuh selepas pelajar mengadu makanan mereka tawar dan sepatutnya diberi garam.
“Ada tiga tukang masak di dapur. Salah seorang sedang memberi pelajar makan sementara ada yang meminta garam kerana makanan tawar.
“Jadi pekerja tersilap beri serbuk sabun basuh, bukannya garam,” katanya.
Bagaimanapun keadaan para pelajar yang keracunan makanan kini selepas mendapat rawatan.