Skip to main content

Viral

Pemandu Jazz Sempat Curi Makanan, Duit Dalam Honda City Sebelum Langgar M*ti Penuntut UniSZA

jazz

Sekilas

  • Lelaki yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Kemajuan, Bukit Kecil, dikatakan sempat mencuri makanan dan wang tunai dari kereta Honda City sebelum kejadian.
  • Pemilik kereta, Mohd Hanafi Mamat, mendapati kunci tertinggal dalam kereta dan rakaman dashcam menunjukkan lelaki berbaju kuning memasuki dan menghidupkan enjin keretanya.
  • Kereta Honda Jazz yang dipandu suspek bukan kereta curi, sebaliknya milik adiknya, dan pemilik kereta tidak ada kaitan dengan kemalangan tersebut.

Lelaki yang terbabit dalam kemalangan maut di simpang empat Jalan Kemajuan, Bukit Kecil, di Kuala Terengganu, semalam, sehingga menyebabkan kematian penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Syakirah Hanan, 25, dikatakan sempat mencuri makanan dan menceroboh masuk kereta milik individu lain sebelum tragedi berlaku.

Suspek memakai kemeja T kuning dikatakan sempat memasuki kereta Honda City sebelum menghidupkan enjin kenderaan itu dan menikmati makanan sebelum meninggalkan lokasi dengan menaiki kereta Honda Jazz.

Pemilik kereta Honda City, Mohd Hanafi Mamat, 29, berkata dia tertinggal kunci dalam kereta ketika meninggalkan kenderaan berhampiran Wisma Darul Iman pada pagi kelmarin.

"Ketika waktu rehat tengah hari, saya kembali semula ke kereta sebelum mendapati kunci kereta tertinggal di dalamnya. Malah wang tunai berjumlah lebih RM200 hilang dari kereta.

"Saya mengesyaki ada individu memasuki kereta saya kerana terdapat air minuman dan topi pejabat yang ditinggalkan dalam kereta saya," katanya semalam.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kereta, dia mendapati seorang individu berbaju kuning masuk dan menghidupkan keretanya.

"Individu itu kemudian keluar semula dari kereta saya dengan mengambil sejumlah wang tunai milik saya dan makanan yang dicuri (hanya air dan topi yang ditinggalkan)," katanya.

Menurutnya, tidak lama selepas itu, barulah video kemalangan di simpang Jalan Kemajuan, Bukit Kecil, tular dan dia menyedari individu berbaju kuning terbabit dalam kemalangan itu.

"Saya tidak pasti apa tujuan individu itu masuk kereta saya namun saya bernasib baik kereta saya tidak dibawa lari.

"Saya juga tiada kaitan dengan kemalangan itu namun cuma kehilangan barang peribadi sahaja," katanya.

Menurutnya, hasil semakan, Honda Jazz yang dipandu lelaki itu bukan kereta curi tetapi milik adiknya. - BH Online

Must-Watch Video

Advertisement