Skip to main content

Antarabangsa

Pemilik Rumah Terkejut Jumpa 1,000kg Air Kencing Dalam Botol Minuman

Astro Gempak KENCING

Sekilas

  • Seorang pemilik rumah di Zhejiang terkejut menemui hampir 1,000 kilogram air kencing dalam botol plastik yang ditinggalkan oleh bekas penyewa di unit sewanya.
  • Penyewa lelaki gagal membayar sewa lebih RM3,300 dan meninggalkan rumah dalam keadaan sangat kotor dengan bau busuk kuat serta dinding dan penghawa dingin berubah warna.
  • Insiden ini mendapat perhatian netizen yang meluahkan rasa jijik dan simpati terhadap pemilik rumah yang perlu menanggung kos pembersihan.

Seorang pemilik rumah wanita di Zhejiang berdepan pengalaman menjijikkan baru-baru ini, apabila mendapati unit rumah sewanya dipenuhi hampir 1,000 kilogram air kencing yang disimpan dalam botol plastik oleh bekas penyewa.

Menurut laporan, penemuan itu berlaku selepas penyewa lelaki berusia lingkungan 40-an gagal membayar sewa sehingga mencecah lebih RMB5,000 (kira-kira RM3,300).

Pemilik rumah dikenali sebagai Ms Jia berkata, dia ke unit berkenaan untuk menukar kod kunci digital sebelum terhidu bau busuk yang amat kuat sebaik membuka pintu.

“Saya terkejut dengan keadaan rumah yang sangat kotor dan berbau,” katanya.

Dia kemudian menemui ratusan botol plastik berisi air kencing yang disumbat di dalam kabinet serta di bawah katil.

Laporan sama turut menyebut, keadaan rumah semakin teruk apabila dinding dan unit penghawa dingin bertukar warna kekuningan dipercayai akibat pencemaran tersebut.

Selain itu, longgokan puntung rokok turut ditemui di tepi katil, menambah lagi keadaan tidak bersih di dalam unit berkenaan.

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang meluahkan rasa jijik selain simpati terhadap tuan rumah yang terpaksa menanggung kos pembersihan.

Anda mungkin berminat dengan

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Must-Watch Video

Advertisement