Skip to main content

Selebriti

Pempengaruh Jauh Lebih Sombong Daripada Selebriti ? Hatta Dolmat Kongsi Pengalaman Peribadi - "Popular Tapi Komunikasi & PR..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Hatta Dolmat berkongsi pengalaman bekerja dengan artis dan pempengaruh, menyatakan artis lebih peramah dan kurang sombong berbanding pempengaruh.
  • Beliau menegaskan ada pempengaruh yang kurang profesional dan lemah dalam komunikasi serta pengurusan hubungan awam.
  • Hatta juga menghadapi situasi mengecewakan apabila seorang pempengaruh meminta semua kandungan dipadam selepas persetujuan awal dicapai.

Pereka fesyen tanah air, Hatta Dolmat berkongsi pengalaman peribadinya sepanjang bekerja dengan artis dan pempengaruh.

Menurut Hatta, sepanjang pengalamannya, selebriti dilihat lebih peramah dan tidak pernah menunjukkan sikap sombong berbanding segelintir pempengaruh.

“Sepanjang saya bekerja dengan artis Malaysia, saya tak pernah lagi berjumpa yang sombong. Tetapi apa yang pasti, ada pempengaruh yang jauh lebih sombong berbanding artis-artis ternama,” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat juga pempengaruh yang bukan sahaja kurang profesional, malah lemah dari segi komunikasi dan pengurusan hubungan awam.

“Ada yang pernah saya bekerjasama, sangat tidak profesional. Popular memang popular, tetapi dari segi komunikasi dan PR, memang gagal,” ujarnya.

Dalam masa sama, Hatta turut berkongsi pengalaman berdepan situasi mengecewakan apabila seorang pempengaruh meminta semua kandungan berkaitan dirinya dipadam meskipun  pada awalnya telah mendapatkan persetujuan bersama.

“Ada juga yang pada awalnya setuju untuk semua perkara. Penggambaran sudah dibuat, malah posting kempen bersama pempengaruh dan model lain pun sudah dimuat naik. Tiba-tiba dia minta saya padam kerana ditegur mengenai pemakaian.

“Persoalannya, kenapa tidak minta tukar semasa sesi penggambaran? Situasi ini sangat mengecewakan. Akhirnya, saya terpaksa turunkan semua video tersebut,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement