Skip to main content

Selebriti

Pengarah Mojoku Hilang Puji Lakonan Mimi Lana, Dedah Ada Rakan Industri Di LA Yang ‘Berkenan’ - “Mereka Mahu Buat…”

Pengarah Mojoku Hilang Puji Lakonan Mimi Lana, Dedah Ada Rakan Industri Di LA Yang ‘Berkenan’ - “Mereka Mahu Buat…”

Sekilas

  • Pengarah Min Lim memuji bakat dan perkembangan pelakon Mimi Lana sejak kerjasama mereka dalam drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa.
  • Min berkongsi bahawa lakonan Mimi yang natural dan pilihan karya yang tepat menarik perhatian rakan industri di Los Angeles untuk kerjasama masa depan.
  • Filem Mojoku Hilang yang menampilkan Mimi Lana akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai, dengan pelakon lain termasuk Adipati Dolken dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Advertisement

Pernah bekerjasama, Pengarah filem Mojoku Hilang, Min Lim berkongsi pandangannya mengenai evolusi pelakon, Mimi Lana dalam industri seni tanah air.

Menurut Min, Mimi seorang yang amat berbakat, malah dia telah menyedari bakat dan keistimewaan aktres berusia 31 tahun itu sejak awal pembabitannya dalam drama arahannya iaitu Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa.

Advertisement

Min turut memuji lakonan Mimi yang disifatkan amat natural meskipun jarang membawa watak romantik komedi.

“Saya rasa Mimi telah berkembang dari strength to strength. Sebenarnya bila saya buat Ku Tinggalkan Cinta di Okinawa dengan dia, saya dah rasa dia ada sesuatu yang istimewa. 

“Perkara hebat tentang Mimi adalah dia pandai buat pilihan yang bagus dalam memilih karya. Dia sangat natural. Walaupun dia jarang buat romantik komedi tetapi lakonan dia sangat bagus dan tepat. 

“Dia banyak sangat idea. Semua pelakon di sini, mereka ada magik tersendiri.  Sebagai pengarah saya tak boleh claim ini kerana ia adalah usaha bersama,”katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Min turut berkongsi bahawa ketika dia mengadakan tayangan istimewa di Los Angeles pada dua bulan lepas, ada rakan seindustrinya yang amat berminat dengan lakonan Mimi dan bercadang untuk menjalinkan kerjasama dengan isteri kepada aktor, Syafiq Kyle itu.

“Dua bulan lepas saya buat tayangan di Los Angeles (LA) untuk rakan industri di sana. Ada yang bertanya tentang Mimi kerana mereka amat suka dengan lakonan Mimi. Mereka mahu buat sesuatu dengan Mimi dan saya harap perkara itu menjadi kenyataan.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Selain Mimi, filem tersebut turut dibintangi Adipati Dolken, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron serta ramai lagi.

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal menemui penonton di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement