Skip to main content

Selebriti

"Perbuatannya Seolah-Olah Nak Sangat Kita Sedih & Jatuh..." - Hafiz Mahamad

WhatsApp Image 2026 04 27 at 12.21.27 AM (1)

Sekilas

  • Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad, meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang meminjam wang beribu ringgit tetapi gagal melunaskan bayaran seperti dipersetujui.
  • Hafiz berkongsi bahawa walaupun sudah ada surat perjanjian dan bantuan diberikan, individu tersebut membalas dengan sikap menghasut dan memutar belit cerita.
  • Hafiz menegaskan agar sifat empati dan kesabarannya tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap individu yang didakwa berhutang namun tidak melunaskan bayaran seperti dipersetujui.

Menerusi perkongsian di Threads, Hafiz berkata individu tersebut pernah meminjam wang bernilai ribuan ringgit dan menandatangani surat perjanjian sebelum bantuan diberikan.

“Dia susah, dia minta pinjam duit. Dia tanda tangan surat dan kita pun bagi lah berpuluh ribu untuk membantu walaupun perkara itu memenuhi kehendak, bukan keperluan.

"Tak mampu bayar, kita diam sahaja dan anggap saja kalau mampu nanti bayar, kalau tak mampu biar sahaja,"tulisnya

Lebih mengecewakan apabila individu terbabit didakwa membalas bantuan tersebut dengan tindakan menghasut serta memutar belit cerita, selain ingin melihatnya jatuh.

"Namun, dibalasnya dengan benda tidak baik. Berimej 'nice person' tetapi sikap hasutan dan putar belit. Paling pelik, perbuatannya seolah-olah nak sangat kita ‘sedih dan jatuh’,"ujarnya.

Kecewa dengan situasi itu, Hafiz turut menegaskan agar sifat empati dan kesabarannya tidak disalah guna.

"Manusia oh manusia. Sifat empati kita jangan disalah guna,”pesannya.

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement