Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Pernah Gagal Jejaki Lokasi Suami, Yaya Zahir ‘Anxiety’ Setiap Kali Suami Pergi ‘Terbang’ - “Saya Juga Ada Mesej Arwah Kapten Zainol…”

Pernah Gagal Jejaki Lokasi Suami, Yaya Zahir ‘Anxiety’ Setiap Kali Suami Pergi ‘Terbang’ - “Saya Juga Ada Mesej Arwah Kapten Zainol…”

Sekilas

  • Pengacara Yaya Zahir berkongsi rasa takut dan anxiety apabila suaminya, juruterbang FDS, terlibat dalam operasi penerbangan selepas nahas helikopter tular baru-baru ini.
  • Yaya pernah menghubungi arwah Kapten Zainol, salah seorang mangsa nahas, kerana gagal mengesan lokasi suaminya ketika bertugas.
  • Lima individu termasuk juruterbang dan empat penumpang maut dalam nahas helikopter BO-105 berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Sarawak.
Advertisement

Pengacara, Yaya Zahir mengakui dirinya masih tidak boleh melupakan peristiwa helikopter yang menyayat hati dan tular, baru-baru ini.

Menurut Yaya, sebagai seorang isteri kepada seorang juruterbang, Arriz Azim, perkara sedemikian merupakan ketakutan terbesar buat dirinya.

Advertisement

“Masih terfikir tentang nahas helikopter. Ia adalah ketakutan terbesar saya apabila suami saya bekerja sebagai salah seorang juruterbang FDS.

Katanya, setiap kali khidmat suaminya diperlukan, dia berasa amat gemuruh sehingga alami anxiety.

Yaya turut berkongsi pengalaman dirinya pernah menghubungi arwah Kapten Zainol (salah seorang mangsa nahas helikopter) akibat gagal menjejaki keberadaan suaminya.

“Setiap kali dia terbang, saya akan dapat anxiety dan ada satu masa ini saya tak dapat jejaki lokasi suami saya. Saya juga ada mesej arwah Kapten Zainol sendiri untuk tanya mengenai lokasi suami saya.

“Macam itulah bagaimana rasa takutnya. Sangat hormat dengan apa yang mereka buat dan hati saya perit memikirkan tentang apa yang keluarga mereka sedang fikirkan sekarang. Al-fatihah,"tulisnya.

Terdahulu, lima individu termasuk seorang juruterbang dan empat penumpang disahkan maut selepas helikopter jenis BO-105 yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, petang tadi.

Lima mangsa yang terlibat dikenal pasti sebagai Kapten Zainol, Dr.Ainul Baroah, Penolong Pegawai Perubatan, Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement