Skip to main content

Selebriti

Pernah Tular Kerana Kaki Luka, Gajah Sulong Chalil Kini Selamat Dipindahkan Ke 'Rumah Baharu'

Pernah Tular Kerana Kaki Luka, Gajah Sulong Chalil Kini Selamat Dipindahkan Ke 'Rumah Baharu'

Sekilas

  • Seekor gajah liar jantan bernama Sulong Chalil telah dipindahkan ke Taman Negara Terengganu melalui pintu masuk Tasik Kenyir untuk memastikan keselamatan dan habitat semula jadi yang sesuai.
  • Perhilitan memantau dan merawat kecederaan Sulong pada kaki kanannya serta bekerjasama dengan PDRM dan dua gajah denak dalam operasi pemindahan tersebut.
  • Pergerakan Sulong yang berjalan sendirian adalah tingkah laku semula jadi gajah jantan dewasa dan bukan tanda ia terpisah dari kumpulan.
Advertisement

Seekor gajah liar jantan yang dikenali sebagai Sulong Chalil telah dipindahkan ke Taman Negara Terengganu melalui pintu masuk Tasik Kenyir, kawasan habitat hutan semula jadi yang sesuai untuk gajah liar pada Rabu.


 

Advertisement

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia dalam kenyataan memaklumkan jabatan itu telah melaksanakan pemantauan dan usaha menyelamat, dengan pemindahan tersebut bertujuan menyediakan persekitaran lebih selamat serta mengurangkan risiko konflik dengan manusia dan kemalangan jalan raya.


 

Perhilitan turut menegaskan kebajikan Sulong serta keselamatan orang awam dan anggota operasi sentiasa menjadi keutamaan dengan setiap tindakan dilaksanakan berdasarkan penilaian keadaan di lapangan bagi memastikan risiko kepada semua pihak dapat diminimumkan.


 

"Perhilitan merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta orang ramai atas kerjasama dan sokongan yang diberikan," menurut kenyataan itu.


 

Jabatan itu memaklumkan sejak 17 Ogos lepas, pihak Perhilitan telah memantau rapi pergerakan dan keadaan fizikal Sulong termasuk kecederaan yang direkodkan pada kaki kanan.


 

Perhilitan memaklumkan sebagai gajah jantan dewasa, pergerakan Sulong secara bersendirian merupakan tingkah laku semula jadi dan bukannya penanda bahawa gajah itu terpisah daripada kumpulan atau sedang mencari keluarganya.


 

Jabatan itu memaklumkan selepas menilai aspek keselamatan, lokasi dan tahap kesihatan Sulong, operasi menangkap semula telah berjaya dilaksanakan pada 30 Ogos lepas di kawasan Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik.


 

"Seterusnya pada 1 Sept 2026, proses pemindahan Sulong dijalankan oleh Perhilitan dengan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan dua ekor gajah denak, Rambai dan Cheri.


 

"Sepanjang operasi berlangsung, Sulong sentiasa menerima pemantauan dan rawatan veterinar. Kecederaan pada kaki kanannya kini menunjukkan perkembangan positif dan rawatan susulan akan diteruskan mengikut penilaian Pegawai Veterinar," menurut kenyataan itu.


 

Sebelum ini, tular beberapa video di media sosial memaparkan gajah berkenaan yang dipercayai bernama Sulong Chalil sedang berjalan di bahu JRTB dipercayai dirakam oleh orang awam yang menggunakan laluan berkenaan.


 

Gajah berkenaan dikatakan berasal dari Chalil, Gua Musang sebelum dipindahkan ke kawasan hutan di Gerik dalam operasi translokasi Perhilitan namun dipercayai bergerak semula menghala ke kawasan asalnya melalui laluan berkenaan.


 

Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA



 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement