Skip to main content

Selebriti

Persoal Isu Mahram Aktivis GSF, PU Amin Gesa Individu Buat Permohonan Maaf - "Mereka Korban Segalanya Tapi Kau Boleh Beri Bayangan Buruk..."

PU AMIN BERANG PERSOALKAN ISU GAZA

Pendakwah bebas, PU Amin meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan seorang individu yang menulis kenyataan kontreversi apabila menyentuh soal pergaulan dengan bukan mahram ketika misi kemanusiaan Gaza.

Menerusi perkongsian di Threads, Amin menyifatkan kenyataan itu seolah-olah menjatuhkan maruah mereka yang sudah banyak berkorban demi misi berkenaan.

Advertisement

"Aku terasa hati betul dengan tulisan story pasal mahram itu, dia pun tidak ada buat sebarang permohonan maaf.

"Bila dia kaitkan dengan Rahmat dan Zizi Kirana, memang aku marah. Diorang berkorban segalanya tapi kau boleh memberi bayangan buruk dalam hal ini."

Dalam masa sama, Amin menegaskan aurat serta kesucian wanita yang menyertai misi Gaza sentiasa terpelihara, sekali gus menuntut individu tersebut memohon maaf kepada keluarga mereka.

"Sepanjang masa kita tengok live, aurat dan kesucian mereka terjaga. Kenapa kau cakap macam itu. Mana hati perut kau. Minta maaf lah dekat famili diorang. Memang lebih lah."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong kenyataan Amin dan meluahkan rasa kurang senang terhadap isu ini.

"Kami pun sakit hati Ustaz.

"Saman, jangan normalisasi buat salah terus senangminta maaf. Tuduhan tiada asas dan yang dituduh dapat bahana.

"Betul itu, diorang yang bercakap ini memang geng pro Zionist kut.

"Betul, saya setuju sangat Ustaz," komen netizen.

Walaupun tidak menamakan sesiapa secara jelas, kenyataan PU Amin itu mencetuskan spekulasi apabila netizen mengaitkannya dengan seorang pereka fesyen terkenal yang baru-baru ini turut menjadi bualan hangat.

Sebelum ini, nama Datuk Rizalman Ibrahim menjadi perhatian selepas memberi pandangan mengenai kepentingan wanita ditemani mahram susulan laporan aktivis Zizi Kirana dan PU Rahmat yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Sekadar info, misi GSF menghimpunkan lebih 500 aktivis dari 44 negara belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel.

Antara wakil Malaysia yang turut serta ialah Heliza Helmi, Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardel Aryana), Zizi Kirana, Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil dan Norfarahin Romli (Farah Lee).

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement