Skip to main content

Berita

Pesawat Bawa Lebih RM19 Juta Terhempas, Penduduk Beramai-Ramai Jarah Wang

Astrogempak Wang

Sekilas

  • Pesawat Cessna 402 membawa AS$5 juta dan berjuta-juta real terhempas di Paraguay, mengakibatkan seorang juruterbang maut dan beberapa penumpang cedera.
  • Penduduk tempatan dilaporkan mengambil sebahagian wang dari bangkai pesawat sebelum perkhidmatan kecemasan tiba, menyebabkan kira-kira AS$1.3 juta dan R$4 juta hilang.
  • Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas dan mengesan wang yang hilang.
Advertisement

Seorang juruterbang terbunuh, manakala beberapa mangsa lain cedera selepas pesawat membawa wang kertas denominasi dolar dan real untuk sebuah syarikat keselamatan terhempas di Paraguay, lapor akhbar The Irish Sun

Pesawat jenis Cessna 402 itu membawa sekitar AS$5 juta (RM19.8 juta) dan berjuta-juta real untuk syarikat keselamatan, Prosegur. Ia dalam perjalanan ke Asunción dari Ciudad del Este, namun terhempas selepas berlepas.

Advertisement

Penduduk tempatan dilaporkan mengambil sebahagian wang tersebut ketika bangkai pesawat terbakar di bandar Minga Guazu. 

Penyiasat berpendapat sekitar AS$1.3 juta (RM5.1 juta) dan R$4 juta (RM3.1 juta) masih hilang. Ia dipercayai dirompak oleh orang ramai yang tiba sejurus selepas pesawat itu terhempas.

Laporan mendedahkan bahawa mereka melarikan wang kertas dalam tempoh 15 minit antara masa nahas dan ketibaan perkhidmatan kecemasan. 

Juruterbang bernama Fernando Noldin terbunuh, manakala pembantunya dan dua lagi penumpang cedera.  

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dan mencari wang kertas yang hilang.

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement