Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Rahim Razali Tersalah Sebut Nama Ketika Sampaikan Anugerah, Azhan Rani Tak Terasa Hati - “Di Usia 87 Tahun, Datuk Masih…”

Rahim Razali Tersalah Sebut Nama Ketika Sampaikan Anugerah, Azhan Rani Tak Terasa Hati - “Di Usia 87 Tahun, Datuk Masih…”

Sekilas

  • Azhan Rani tidak terasa hati apabila Datuk Rahim Razali tersalah sebut namanya sebagai ‘Azman Rani’ semasa Anugerah Seri Angkasa 2026.
  • Azhan berasa terharu kerana trofi yang dimenanginya disampaikan oleh tokoh hebat yang sangat dikaguminya itu.
  • Momen memimpin tangan Datuk Rahim di atas pentas mengimbau kenangan bersama arwah bapanya dan dianggap sangat bermakna.
Advertisement

Pelakon, Azhan Rani memaklumkan dirinya tidak terasa hati mahupun mengambil serius sewaktu seniman, Datuk Rahim Razali tersalah menyebut namanya sebagai ‘Azman Rani’ sewaktu mengumumkan kemenangannya di Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026) pada Sabtu.

Menurut pemilik nama Azhan Abdul Rani ini, dia menganggap situasi tersebut sebagai satu insiden yang lucu.

Advertisement

Malah, pemenang kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik ini turut meluahkan rasa terharu apabila trofi yang dimenanginya itu disampaikan oleh seorang tokoh hebat dalam industri lakonan.

“Terima kasih Nadia (anak Rahim) bersusah payah hubungi saya semalam. Allahuakbar, tak perlu minta maaf pun sebenarnya. Tiada isu langsung. Saya faham saja keadaan Datuk Rahim Razali yang amat saya hormati.

“Jangankan beliau, yang muda-muda pun kalau berada di atas pentas yang gah macam itu boleh saja tersasul atau tersalah sebut. Saya rasa 'cute' dan lucu saja Datuk Rahim itu.

Advertisement

“Di usia 87 tahun beliau masih gagah berjalan atas pentas tanpa tongkat atau kerusi roda. Emak saya umur 80 tahun sudah terbaring saja sebab terlantar sakit. Ikhlas dari hati, saya tiada masalah langsung,” kongsinya di Instagram.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Seribu Tahun ini turut meluahkan rasa bangga kerana dapat berdiri sebaris dengan Rahim yang disifatkan sebagai seorang tokoh yang sangat diminatinya.

“Saya lebih rasa terharu dan berbesar hati kerana Datuk Rahim sendiri yang sampaikan anugerah penuh makna kepada saya. Seorang tokoh dan juga legenda teater, drama, filem serta pengulas sukan yang sangat saya kagumi.

“Sebut saja filem arahan beliau seperti Sumpah Di Bumi Merkah, Abang, Matinya Seorang Patriot, Puteri, Anak Sarawak dan Rentak Desa, semuanya masih menjadi karya kegemaran saya sampai ke hari ini," tambahnya.

Di akhir perkongsian, Azhan menyifatkan momen dirinya yang berpeluang memimpin tangan Rahim adalah sebagai satu momen yang tidak dapat dilupakan kerana situasi itu mengimbaukan dirinya kepada arwah bapanya.

“Terima kasih Nadia yang sangat beradab bercakap dengan saya. Terima kasih juga kerana meminjamkan ayah sekejap di atas pentas malam itu bersama saya.

“Ketika dapat pimpin tangan beliau waktu hendak turun pentas itu, rasa macam pimpin arwah abah sendiri masa itu,” tambahnya.
 
Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Must Watch Video

Advertisement