Skip to main content

Berita

Rakam Video Wanita Dalam Tandas, Lelaki Ditahan Polis

Rakam Video Wanita Dalam Tandas, Lelaki Ditahan Polis

Sekilas

  • Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merakam video wanita di tandas sebuah kedai serbaneka di Bandar Inderapura, Jerantut.
  • Mangsa berusia 26 tahun ternampak suspek menggunakan telefon bimbit merakam melalui bahagian atas tandas sebelum membuat laporan polis.
  • Suspek direman tiga hari dan telefon bimbit iPhone 16 Plus dirampas untuk analisis forensik bagi membantu siasatan.
Advertisement

Polis menahan seorang lelaki dipercayai merakam video seorang wanita ketika berada di dalam tandas sebuah kedai serbaneka di Bandar Inderapura, Jerantut semalam.


 

Advertisement

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintenden Nor Azman Yusof berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi apabila mangsa berusia 26 tahun, yang juga pelanggan kedai berkenaan, mendakwa ternampak perbuatan seseorang di tandas bersebelahan yang dipercayai sedang merakam dirinya menggunakan telefon bimbit melalui bahagian atas tandas.


 

“Susulan itu, mangsa bersama ahli keluarganya memeriksa tandas bersebelahan sebelum suaminya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut bagi mendapatkan bantuan.


 

“Anggota Unit Rondaan Bermotosikal Balai Polis Jerantut yang tiba di lokasi kemudian berjaya menahan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.


 

Beliau berkata polis turut merampas sebuah telefon bimbit iPhone 16 Plus yang dipercayai digunakan dalam perbuatan itu untuk dibawa ke Bahagian Forensik Polis Diraja Malaysia bagi tujuan analisis.


 

Nor Azman berkata suspek direman selama tiga hari sehingga 22 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan.


 

Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA



 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement