Skip to main content

Berita

Rakyat Palestin Sambut Ulang Tahun Ke-47 'Land Day', Gesa Israel Tamatkan Pendudukan

ASTROGEMPAK Palestine

Sekilas

  • Rakyat Palestin menyambut ulang tahun ke-47 "Land Day" dengan demonstrasi menuntut Israel menamatkan pendudukan di wilayah Palestin sejak 1967.
  • Beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di sempadan Gaza-Israel sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan slogan anti-Israel.
  • Perdana Menteri Palestin menyeru perpaduan antara Hamas dan Fatah serta mengecam pencerobohan Israel sebagai penindasan dan pembunuhan.
Advertisement

Rakyat Palestin pada Khamis meraikan ulang tahun ke-47 "Land Day" di tengah-tengah gesaan supaya Israel menamatkan pendudukannya di wilayah Palestin sejak 1967, lapor Xinhua.


 

Advertisement

Mereka juga menggesa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka di wilayah yang dirampas oleh Israel pada 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.


 

Beratus-ratus penunjuk perasaan Palestin berkumpul berhampiran sempadan antara Semenanjung Gaza timur dan Israel sambil mengibarkan bendera Palestin dan membawa sepanduk menuntut penamatan pendudukan Israel dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka serta melaungkan slogan anti-Israel.


 

Demonstrasi dan perhimpunan juga diadakan di bahagian lain di Semenanjung Gaza.


 

Pergerakan Hamas dalam satu kenyataan akhbar berkata rakyat Palestin masih berpegang kepada hak mereka yang sah.


 

Di Tebing Barat, demonstrasi turut dijadual berlangsung di beberapa bandar dan kampung pada Jumaat.Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye menyelar pencerobohan Israel ke atas "Suara Palestin" sebagai agresif dan berkata pendudukan Israel adalah "berasaskan penempatan, penindasan dan pembunuhan."


 

Ishtaye menyeru rakyat Palestin supaya bersatu semula dan menamatkan perpecahan dalam kalangan mereka, terutama antara Hamas dan parti Presiden Palestin Mahmoud Abbas Fatah, sejak 2007.


 

"Land Day" bermula sejak 30 Mac 1976, apabila rakyat Palestin di Israel memprotes rampasan Israel ke atas kira-kira 21,000 dunam (2,100 hektar) tanah kampung Palestin di wilayah Galilee di utara Israel.


 

Protes 1976 berlaku di kampung Arraba, Sakhnin, Deir Hanna, Arab al-Sawa'id dan lain-lain.


 

Tanah di kampung itu dirampas untuk membina lebih banyak penempatan Israel.


 

Sumber - BERNAMA menerusi AWANI

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement