Skip to main content

Jenayah

Remaja Lelaki Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Siak Masjid

seksual

Seorang remaja lelaki mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang siak masjid ketika menumpang keretanya, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 15 tahun pada jam 3.41 petang.

Advertisement

“Hasil siasatan mendapati remaja itu menaiki kereta lelaki warga tempatan berusia 44 tahun dari stesen bas Bukit Sentosa ke sebuah masjid untuk bertemu dengan rakannya.

“Mangsa mengenali suspek semasa menumpang di masjid terbabit sejak Disember tahun lalu,” katanya.

Ibrahim berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja di sebuah masjid di Bukit Sentosa bertindak melakukan perbuatan itu semasa menaiki keretanya, selain menghantar mesej berbaur lucah ke telefon bimbit mangsa.

Bertindak atas maklumat, beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor menahan suspek pada jam 12.30 tengah malam kelmarin di rumahnya di Bukit Sentosa, Rawang.

“Semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Dia direman selama tujuh hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau dihukum dengan sebatan.

Sumber: Buletin Utama

Must-Watch Video

Advertisement