Skip to main content

Viral

Rezeki Pengantin! Duit Salam Kaut Cecah Lebih RM110,000, Netizen Terkejut

Rezeki Pengantin! Duit Salam Kaut Cecah Lebih RM110,000, Netizen Terkejut

Sekilas

  • Sepasang pengantin di Indonesia menerima duit salam kaut sebanyak 500 juta rupiah (kira-kira RM113,575) selepas majlis perkahwinan mereka.
  • Video mereka membuka sampul duit salam kaut di Instagram mendapat lebih 24,000 tontonan dan pelbagai reaksi netizen.
  • Perkongsian ini mencetuskan perbincangan tentang budaya pemberian wang kepada pengantin dan jumlah yang sesuai ketika majlis kahwin.
Advertisement

Sepasang pengantin baharu di Indonesia mencuri perhatian selepas mendedahkan jumlah duit salam kaut yang diterima selepas majlis perkahwinan mereka mencecah 500 juta rupiah atau kira-kira RM113,575.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @socialfeed_id, pasangan berkenaan dilihat membuka satu persatu sampul pemberian tetamu selepas selesai majlis.

Advertisement

Apa yang membuatkan ramai terkejut, sebahagian sampul berkenaan bukan sekadar mengandungi beberapa keping wang, sebaliknya terdapat sejumlah wang yang diikat dalam bentuk berlonggok-longgok.

Video tersebut sehingga kini meraih lebih 24,000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Ada yang mendakwa pemberian wang dalam jumlah besar ketika majlis perkahwinan merupakan perkara biasa di sesetengah tempat kerana ia dianggap sebagai satu bentuk ‘balasan’ terhadap kos yang telah dikeluarkan oleh keluarga pengantin.

Advertisement

“Di sana sudah biasa. Duit habis untuk majlis perkahwinan mesti dapat semula,” komen seorang netizen.

Seorang lagi pengguna media sosial pula berseloroh, “Nanti majlis kahwin mereka, kita juga perlu bagi sebanyak itu.”

Perkongsian tersebut sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai budaya pemberian wang kepada pengantin serta jumlah yang dianggap sesuai ketika menghadiri majlis perkahwinan.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

adidas Unisex Fussballliebe League Football Ball accessories (IN9367) Sport Planet R-56

adidas Unisex Fussballliebe League Football Ball accessories (IN9367) Sport Planet R-56

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

Must Watch Video

Advertisement