Skip to main content

Berita

Risau Jejas Prestasi Akademik, Nenek Larang Bercinta Punca Ditik*m Cucu Sendiri

WhatsApp Image 2026 04 12 at 2.24.43 PM

Dua pelajar sekolah tinggi tergamak menikam nenek mereka hingga mati hanya kerana dilarang bercinta.

Seng Chanboramey, 19, dan adiknya, Seng Heng Sanika, 18, berdepan tuduhan membunuh di bawah Perkara 199 Kanun Jenayah Kemboja yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika disabit bersalah.

Kedua-duanya melakukan perbuatan itu di rumah didiami mereka pada 5 April lalu.

Mereka berang kerana mangsa yang berusia 64 tahun menegah mereka mempunyai teman lelaki kerana dikhuatiri memberi kesan buruk kepada prestasi akademik.

Chanboramey dan Heng Sanika yang tidak dapat menerima larangan itu bertindak menikam mangsa beberapa kali dari belakang.

Jasad warga emas itu dengan kesan tikaman hanya ditemui sehari selepas kejadian tersebut.

Siasatan awal pihak berkuasa membawa kepada penahanan dua adik-beradik tersebut.

Pengebumian nenek mereka pula diadakan pada Rabu lalu.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement