Skip to main content

Berita

Risiko 2 Tasik Pecah Di Himalaya Cetus Kebimbangan Gelombang ‘Tsunami Gunung Kedua’

Risiko 2 Tasik Pecah Di Himalaya Cetus Kebimbangan Gelombang ‘Tsunami Gunung Kedua’

Sekilas

  • Nepal dan China memberi amaran risiko banjir baharu akibat peningkatan paras air di dua tasik di kawasan Himalaya yang berisiko pecah.
  • Kedua-dua negara memantau keadaan tasik yang terbentuk akibat halangan semula jadi dan runtuhan glasier yang boleh menyebabkan limpahan air secara mendadak.
  • Pihak berkuasa menggesa penduduk dan penyelamat supaya berjaga-jaga dan berada di lokasi selamat bagi mengelak risiko banjir susulan.
Advertisement

Nepal dan China memberi amaran mengenai risiko banjir baharu di kawasan Himalaya susulan peningkatan paras air di dua tasik yang terbentuk di kedua-dua belah sempadan negara berkenaan dan dikhuatiri boleh pecah.

Kebimbangan itu timbul ketika kawasan berkenaan masih bergelut dengan kesan banjir kilat besar yang berlaku sebelum ini.

Advertisement

Kedua-dua negara dilaporkan menyalahkan kejadian banjir tersebut berpunca daripada runtuhan glasier yang menolak batu, ais, lumpur dan serpihan ke dalam sistem sungai di kawasan pergunungan.

Pihak berkuasa pengurusan bencana Nepal pada Khamis mengeluarkan notis amaran selepas sebuah tasik yang terbentuk akibat timbunan serpihan menyekat aliran sungai di lokasi banjir didapati semakin meningkat paras airnya.

Pihak berkuasa berkata, keadaan itu menimbulkan risiko tasik berkenaan pecah dan menyebabkan limpahan air secara mendadak ke kawasan hilir.

Penduduk di kawasan tebing sungai bahagian bawah, penumpang, anggota penyelamat yang terlibat dalam operasi menyelamat dan semua pihak berkaitan diminta supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta berada di lokasi selamat jauh dari tebing sungai dan kawasan berisiko,” katanya.

Dalam perkembangan sama, China turut memberi amaran mengenai risiko pecahnya sebuah tasik yang terbentuk akibat halangan di laluan sungai di kawasan sempadannya.

Menurut pihak berkuasa China, kira-kira tiga juta meter padu air dijangka mengalir ke tasik yang telah terbendung itu dalam tempoh tiga hari akan datang.

Jumlah air berkenaan adalah bersamaan kira-kira 1,200 kolam renang bersaiz Olimpik.

Keadaan itu dijangka meningkatkan tekanan terhadap halangan semula jadi yang menahan aliran air dan sekali gus mencetuskan risiko limpahan atau pecahan.

Aliran air dijangka mencapai tahap maksimum sekitar Isnin, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya banjir baharu di kawasan berhampiran.

Pihak berkuasa kedua-dua negara kini memantau perkembangan keadaan dengan teliti ketika operasi menyelamat dan usaha membantu penduduk yang terjejas akibat banjir sebelum ini masih diteruskan.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement