Skip to main content

Antarabangsa

Robot Pengemis Minta Sedekah Untuk Mengecas

Astrogempak Robot

Sekilas

  • Sebuah video tular menunjukkan robot manusia di Sichuan, China yang berkelakuan seperti 'meminta sedekah' dengan tangan dirapatkan dan kepala menunduk.
  • Robot Unitree G1 ini dilengkapi pinggan kecil untuk sumbangan tunai dan kod QR untuk pembayaran digital, sambil memaparkan mesej minta bantuan bayar bil elektrik.
  • Fenomena 'robot pengemis' ini juga dilaporkan berlaku di beberapa bandar lain di China, mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi mengenai tujuan pemasaran atau seni persembahan.

Tular video memaparkan sebuah robot manusia yang melutut di tepi jalan di wilayah Sichuan, China bukan kerana keupayaannya, tetapi disebabkan gelagatnya yang seolah-olah 'meminta sedekah'.

Klip berkenaan yang tersebar di pelbagai platform media sosial menunjukkan robot itu merapatkan tangan dan menunduk ke arah orang ramai.

Di sisinya turut diletakkan sebuah pinggan kecil untuk sumbangan tunai serta kod QR bagi pembayaran digital.

Sebuah papan LED dan pembesar suara pada robot tersebut berulang kali memaparkan mesej: 'Tiada wang untuk mengecas' dan 'Sila bantu bayar bil elektrik'.

Menurut laporan, ia merupakan model Unitree G1 keluaran syarikat robotik China, Unitree Robotics.

Sebelum ini, robot manusia model G1 keluaran syarikat sama turut menjadi perhatian selepas dilaporkan memanjat Gunung Chimborazo di Ecuador.

Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

"Pengemis pun kini digantikan oleh robot,” seloroh seorang pengguna media sosial.

Ada juga yang melihat ia sebagai strategi pemasaran, karya seni persembahan atau cara baharu untuk menjana pendapatan.

Beberapa individu dalam video turut dilihat menyumbang wang tunai dan mengimbas kod QR yang dipaparkan.

Kejadian itu dikatakan bukan kes terpencil memandangkan 'robot pengemis' turut dikesan di Beijing, Chengdu dan Fuzhou dengan mesej serupa seperti 'tiada wang untuk mengecas telefon' serta kod pembayaran digital.

Sumber: Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement