Personaliti media sosial dan usahawan, Ojen Aiwahhh meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen keterlaluan berhubung penampilannya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Threads, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli berkata dia sudah lama bersabar dengan kecaman orang ramai, namun kali ini tidak lagi mampu berdiam diri selepas dihina secara melampau oleh individu berkenaan.
Advertisement
"Saya tak pernah kacau hidup awak. Tolong jangan kacau hidup saya. Dah lama saya mendiamkan diri. Komen ini sangat keterlaluan. Apa makna awak kata saya Toron. Apa yang awak nak sampaikan. Tiada adab. Sangat kurang ajar," ujarnya.
Susulan itu, Ojen menuntut permohonan maaf individu tersebut secara terbuka atau dia tidak akan teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah.
"Peguam saya ada mesej awak melalui DM Instagram. Sila bukak DM dalam masa 24 Jam, jika tiada permohonan maaf secara terbuka, saya akan failkan kes ini ke mahkamah.
"Jangan ikut sedap berbicara. Hembus macam orang tiada iman. Bila suruh berdepan, lari tak jejak tanah," katanya.
Usahawan berusia 29 tahun itu menjelaskan bahawa dia kebiasaannya tidak akan memberi reaksi terhadap kecaman, namun kali ini memilih untuk bertindak kerana komen tersebut dianggap terlalu melampau.
"Saya selalunya tidak akan beri respon pada benda macam ini, tetapi saya ada maruah. Semua bukti telah saya simpan Bersama peguam. Dalam Malaysia kita ada undang-undang. Sila bagi Kerjasama," tambahnya.
Terdahulu, gambar Ojen tanpa memakai serban menarik perhatian netizen selepas ada yang mendakwa dia sanggup membuang serban dari solekan.
Namun, seorang individu bertindak melampau apabila menghina dan mengherdik Ojen di ruangan komen.