Skip to main content

Berita

“Sebagai Waris, Saya Dengan Rendah Hati Mohon Maaf Bagi Pihaknya…” - Anak Jaslinda Mohon Doa Berterusan Untuk Ibu

Anak Jaslinda

Sekilas

  • Anak Jaslinda Saludin memohon maaf kepada orang ramai sekiranya ibunya pernah melakukan kesilapan secara sedar atau tidak melalui akaun Threads.
  • Dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan membantu usaha pencarian ibunya yang masih hilang sejak 23 Mei lalu.
  • Jaslinda dipercayai hilang selepas meneruskan pendakian ke puncak gunung bersendirian walaupun mengalami kecederaan kaki dan masalah pernafasan sebelum itu.

Anak kepada pendaki wanita yang masih hilang, Jaslinda Saludin, 49, mengambil kesempatan memohon maaf kepada orang ramai sekiranya ibunya pernah melakukan sebarang kesilapan sama ada secara sedar atau tidak.

Permohonan maaf itu dibuat di aplikasi Threads menerusi akaun @deefzl._.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya ibu saya, Jaslinda binti Saludin, ada melakukan sebarang salah silap kepada sesiapa sahaja sama ada sedari atau tidak.

“Sebagai waris, saya dengan rendah hati memohon maaf bagi pihak beliau.

“Kepada semua yang telah memberi doa, nasihat, petua dan sokongan, kami amat menghargainya.

“Insha Allah, segala yang baik demi usaha mencari ibu akan kami terima dan usahakan dengan bantuan Allah SWT. Teruskan berdoa ya ,terima kasih banyak-banyak semua,” coretnya.

Dalam masa yang sama, anaknya juga turut meluahkan rasa sebak dan memberikan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan ibunya serta membantu usaha pencarian yang masih diteruskan sehingga kini.

“Ya Allah, terima kasih atas kehadiran setiap insan yang tidak putus-putus mendoakan ibu saya, Jaslinda serta kepada semua anggota dan pihak yang terlibat dalam usaha pencarian.

“Semoga Allah SWT menerima dan mengabulkan segala doa yang dipanjatkan.

“Saya dan keluarga juga mendoakan agar setiap kebaikan, keikhlasan dan doa yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

“Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala jasa semua. Terima kasih semua. Ibu, we miss you,” tulisnya.

Terdahulu, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh

Jaslinda yang cedera di kaki sebelum itu difahamkan berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki yang mengalami masalah pernafasan dan seorang malim gunung di Kem Batu Core.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung bersendirian


Sumber: Threads @deegzl.__


 

Anda mungkin berminat dengan

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement