Skip to main content

Selebriti

Semakin Dinormalisasikan, Uyaina Arshad Selar Budaya Mengata Orang Secara Terbuka - "Ini Bukan Soal Tak Boleh Tegur Tetapi...”

Semakin Dinormalisasikan, Uyaina Arshad Selar Budaya Mengata Orang Secara Terbuka - "Ini Bukan Soal Tak Boleh Tegur Tetapi...”

Sekilas

  • Uyaina Arshad meluahkan rasa tidak puas hati terhadap budaya mengata orang secara terbuka di media sosial yang boleh membawa kepada buli siber.
  • Beliau menegaskan pentingnya menjaga adab dalam berkomunikasi dan membezakan antara teguran yang membina dan kecaman yang tidak beradab.
  • Uyaina mengajak rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan Islam, supaya lebih berhati-hati dalam bercakap dan menulis di media sosial serta menjadi duta terbaik untuk bangsa dan agama.
Advertisement

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa kurang senang dengan budaya mengata orang secara terbuka di media sosial.

Menurutnya, budaya tersebut bukan sahaja tidak sihat, malah boleh mengundang lebih banyak kecaman daripada orang lain.

Advertisement

"Saya perasan ada satu budaya yang semakin dinormalisasikan dan perkara itu sangatlah tak best dan berdosa.

“Budaya mengata orang siap direct dan tag lagi supaya orang itu tahu dirinya sedang dikutuk.

“Selepas itu, secara tidak langsung kita mengajak orang lain yang tidak suka individu tersebut untuk turut memberikan pendapat. Akhirnya, berlakulah aktiviti mengumpat beramai-ramai,” tulisnya.

Advertisement

Dalam masa sama, Uyaina menegaskan bahawa perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai buli siber.

Menurutnya, isu itu bukan tentang seseorang yang tidak boleh menerima kritikan, sebaliknya tentang cara seseorang menjaga adab ketika berkomunikasi.

“Ini bukan soal kita tidak boleh menegur orang atau meminta mereka berhenti menggunakan media sosial jika mudah terasa. Ini soal adab,” katanya.

Uyaina turut menjelaskan bahawa dia tidak kisah jika ada individu yang tidak menyukai dirinya.

Bagaimanapun, dia terkilan apabila kesalahan yang jelas ditegur tetapi individu yang menegur pula dianggap tidak boleh menerima keadaan.

“Saya sebenarnya tidak kisah orang suka saya atau tidak, suka saya mengacara atau tidak, atau suka saya berlakon atau tidak.

“Pendapat awak, suka hati awaklah. Apa yang saya boleh perbaiki, saya akan perbaiki. Tetapi apabila sesuatu perkara itu sudah terang-terang salah, kita pula yang dikatakan tidak chill,” ujarnya.

Dalam pada itu, Uyaina berpesan kepada rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati ketika bercakap dan menulis di media sosial.

“Kalau tiada perkara baik untuk dikatakan, lebih baik diam sahaja. Jagalah lisan dan penulisan.

“Kepada orang Melayu dan Islam, jadilah duta terbaik untuk bangsa dan agama kita. Tiada benci, hanya sayang pada kamu semua,” pesannya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement