Skip to main content

Selebriti

Sering Terima Soalan Mengenai Jodoh, Radin Tak Ambil Hati - "Bagi Saya Itu Sekadar..."

WhatsApp Image 2026 03 20 at 2.16.11 AM
Advertisement

Hari Raya adalah hari di mana umat islam berkumpul dan meraikan Syawal bersama keluarga tersayang. 

Advertisement

Namun, suasana itu sedikit berbeza buat penyampai radio ERA FM, Radin yang sudah hampir lima tahun tidak dapat berkumpul bersama keluarga.

Menurut Radin, dia akui sedikit sebak setiap kali menjelang Syawal kerana tidak lagi dapat merasai momen bermakna bersama ibu bapa tercinta.

"Memang ada rasa sebak sedikit kerana saya sudah kehilangan kedua-dua ibu bapa. Jadi saya tidak lagi dapat merasai momen malam raya bersama mereka, apatah lagi saat mencium tangan mak ayah pada pagi raya. Rezeki saya mungkin bukan di situ.

"Adik-beradik pula semuanya tinggal berjauhan, jadi sudah hampir lima tahun kami tidak dapat berkumpul bersama pada hari raya," katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Radin tetap bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa mengambil berat dan tidak pernah melupakannya setiap kali hari raya.

"Namun begitu, Allah kurniakan saya kawan-kawan yang sangat baik. Kadang-kadang pada pagi raya kami saling memberi duit raya melalui QR sahaja. Kami juga akan buat panggilan video bersama," ujarnya.

Dalam pada itu, Radin turut mengakui dia tidak terkecuali daripada menerima soalan mengenai jodoh daripada orang sekeliling. Namun, dia memilih untuk memandang perkara tersebut dari sudut positif.

"Bila bercakap tentang soalan jodoh daripada mak cik atau jiran setiap kali raya, memang setiap tahun saya terima soalan tersebut tetapi saya tidak ambil perkara tersebut terlalu serius. Bagi saya itu sekadar ‘ice breaking’ untuk memulakan perbualan. Saya hanya minta mereka doakan yang baik-baik sahaja. Bagi saya, segala perkara baik itu bermula daripada doa," kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement