Skip to main content

Selebriti

Shila Amzah Terharu Terima Sambutan Luar Biasa Di China, Puji Peminat Beradab & Tahu Jaga Batas - "Mereka Sangat Memahami..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Shila Amzah berasa terharu dengan sambutan hangat peminatnya di China sepanjang siri jelajah terbaru.
  • Dia bersyukur kerana masih kekal relevan dalam industri seni walaupun cabarannya semakin sukar.
  • Peminatnya di China kini lebih muda dan beradab, menghormati batas pergaulan ketika berinteraksi.

Penyanyi Shila Amzah, meluahkan rasa terharu apabila menerima sambutan yang luar biasa daripada peminatnya di China sepanjang siri jelajahnya di negara itu, baru-baru ini.

Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata bahawa dia sangat bersyukur kerana dirinya masih kekal relevan dalam industry seni.

"Sejujurnya saya pun tak menjangkakan. Sebelum berlakunya siri jelajah ini memang saya sudah kembali aktif, iaitu dengan mengadakan persembahan dan sebagainya.

"Alhamdulillah saya sangat bertuah kerana sejak beberapa tahun ini selalunya untuk kekal relevan tu adalah perkara yang sangat-sangat sukar untuk dilakukan,"katanya kepada Gempak.

Shila berkata demikian ketika ditemui selepas membuat persembahan pada hari pertama AJL40 SA di Studio TV3, Glenmarie  pada Jumaat.

Dalam masa sama, Shila turut berkata bahawa peminatnya kini jauh lebih muda jika dibandingkan dengan peminatnya pada 10 ke 12 tahun lalu.

Pelantun lagu Patah Seribu itu bahkan memuji peminatnya yang disifatkan sebagai beradab dan menghormati batasan pergaulan ketika sedang berinteraksi.

"Peminat saya dekat China sekarang ni dari segi demografinya sudah berubah. Kalau 10 tahun atau 12 tahun dulu, mungkin umurnya berbeza, tapi sekarang mereka semua umur 20, 18 ke 25 tahun.

"Mereka sangat memahami, kalau berjumpa tu kadang-kadang peminat perempuan akan terus nak peluk, tapi kalau yang lelaki dia tahu batas dia. Walaupun menangis-nangis, tangan dia tetap di belakang, menahan diri,"ujarnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement