Skip to main content

Selebriti

Suami  Dedah Hajat Sebenar Heliza Helmi Sertai Misi Kemanusian Global Sumud Flotilla

Datuk Mahadi Dedah Tujuan Heliza

Suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Nurheliza Helmi iaitu Datuk Mahadi Badrul Zaman menitipkan ucapan penuh emosi buat isterinya agar kekal tabah sepanjang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mahadi mendedahkan dua hajat Heliza sekiranya berpeluang sampai ke Gaza dengan selamat.

Advertisement

"Untuk isteri saya, Heliza Helmi, kalau dia dengar ini, insya-Allah stay strong. Dah buat solat istikarah. Hajat dia pagi tadi adalah untuk peluk budak Gaza dan jumpa kucing di Gaza sebelum satu tick sahaja di WhatsApp," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak mendengar luahan itu selain memuji semangat solidariti pasangan berkenaan.

"Aduhai, ada nada sebak dalam ucapannya. Tambah sedih bila dia cakap tentang nak peluk anak-anak dan kucing Gaza.

"Masya-Allah Tabarakallah. Paling gembira saya dengar penjelasan suami Heliza. Semoga mereka kekal bahagia hingga ke Jannah.

"Kuatnya semangat suami dia.

"Wajah dan suara Datuk sedih. Insya-Allah kita doa bersama-sama agar mereka selamat pulang," komen netizen.

Pada Khamis lalu, media melaporkan seramai 23 sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel ketika menyertai misi berkenaan.

Selain Heliza, antara yang terlibat ialah Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardel Aryana), Zizi Kirana, Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil dan Norfarahin Romli (Farah Lee).

Bagaimanapun, menurut laporan Astro AWANI , semua sukarelawan berkenaan disahkan selamat dan akan dibawa pulang menerusi sebuah negara ketiga.

Misi Global Sumud Flotilla dilancarkan sebagai usaha membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang berdepan krisis kemanusiaan terburuk akibat kekejaman berterusan rejim Zionis

Must-Watch Video

Advertisement