Skip to main content

Berita

Suami Tik*m Enam Kali, Jururawat Cedera Parah

Suami Tik*m Enam Kali, Jururawat Cedera Parah

Sekilas

  • Seorang jururawat berusia 44 tahun parah selepas ditikam enam kali oleh suaminya di Kampung Padang Lepai, dekat Kadok.
  • Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II manakala suaminya yang berusia 47 tahun telah ditahan polis selepas menyerah diri.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan suspek direman tujuh hari untuk membantu siasatan.
Advertisement

Seorang jururawat parah selepas ditikam enam kali oleh suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, dekat Kadok, malam kelmarin.

Mangsa berusia 44 tahun itu mengalami kecederaan tikaman pada badan dan leher dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Advertisement

Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa berusia 47 tahun selepas lelaki berkenaan menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.30 malam.

Beliau berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada malam sama.

Advertisement

"Polis masih belum mengenal pasti motif kejadian. Suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan," katanya.

Azmir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.

Polis turut merampas sebilah pisau daripada suspek.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement