Skip to main content

Selebriti

“Suka Atau Tidak Dia Kena Hadap Proses Belajar…” - Aziz M.Osman Anggap Umur Ara Aziz Masuk IPT Bukan Isu Besar

“Suka Atau Tidak Dia Kena Hadap Proses Belajar…” - Aziz M.Osman Anggap Umur Ara Aziz Masuk IPT Bukan Isu Besar

Sekilas

  • Aziz M-Osman percaya umur bukan halangan untuk anaknya, Ara Aiz, yang berjaya masuk IPT pada usia 15 tahun dan perlu hadapi cabaran belajar sendiri.
  • Ara menghadapi sedikit kesukaran kerana saiz badan yang kecil berbanding pelajar lain, namun secara keseluruhan dia menyesuaikan diri dengan baik di universiti.
  • Walaupun ada tawaran kembali ke dunia hiburan, Ara kini fokus pada pelajaran di Manipal University College Malaysia dalam bidang neurologi.
Advertisement

Tua atau muda, pengarah Aziz M-Osman tidak menggangap umur sebagai penghalang atau sebuah isu untuk melangkah masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Menurut Aziz, dia percaya anaknya, Ara Aiz berjaya masuk ke IPT pada usia 15 tahun itu membuktikan si cilik itu mampu dan layak belajar bersama pelajar lain di universiti berkenaan.

Advertisement

Justeru,anaknya perlu belajar sendiri untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran ketika menuntut ilmu di tempat tersebut.

“Suka atau tidak dia kena hadap proses belajar. Saya tahu evolusi dia sebagai seorang pelajar universiti. Saya tak meletakkan dia muda atau tua. 

“Kalau dia masuk situ, maksudnya dia layak untuk berada di situ. Dia kena hadap benda itu. Ia bukan isu muda atau tua. Itu cabaran yang dia hadapi,”katanya kepada Gempak.

Advertisement

Aziz berkata demikian ketika menghadiri majlis tahlil allahyarhamah Tun Hasmah anjuran Umie Aida yang berlangsung di kediamannya pada Rabu.

Ditanya mengenai sama ada Ara pernah berkongsi cabaran yang dialami sepanjang belajar di univeristi itu, Aziz berkata dia hanya mengalami sedikit kesukaran kerana mempunyai tubuh badan yang kecil berbanding pelajar-pelajar lain di dalam kelasnya.

“Dia duduk di Melaka bersama ibunya. Seminggu sekali saya akan ambil dia untuk duduk bersama saya. Struggle dia di sana ialah di dalam kelas, dia adalah murid yang paling kecil badannya. Selain dari itu dia baik-baik sahaja,”ujarnya.

Dalam pada itu, Aziz turut berkata Ara ada menerima tawaran kembali ke dunia hiburan, namun menurutnya, buat masa sekarang anaknya itu sedang menumpukan perhatian pada pelajarannya terlebih dahulu.

“TTMM dijemput secara kebetulan tetapi bukan ke arah situ. Kalau ada, adalah. Ada dapat tawaran cuma buat masa sekarang, dia akan tumpukan pada pelajaran. Tak tahulah kalau pada masa akan datang nanti bagaimana pula,”kongsinya.

Terdahulu, anak Aziz iaitu Ara mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya melangkah ke institusi pengajian tinggi pada usia seawal 15 tahun.

Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra memulakan pengajian peringkat asasi di Manipal University College Malaysia selepas menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) tahun lalu.

Minat ara terhadap bidang neurologi sudah bermula sejak kecil lagi kerana dia amat menyukai subjek sains, malah dia mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap fungsi otak manusia dan perbezaan cara setiap individu berfikir.

Sekadar info, Ara merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Aziz dan penerbit, Puteri Lily Lokman.

Bekas peserta program Talk To My Manager musim pertama itu turut mempunyai seorang adik lelaki iaitu putera Muhammad Aryan.

Anda mungkin berminat dengan

【 House Slipper 】 Japanese Comfortable Sole Shower Slippers House Slippers Indoor Slipper Home Sandas 家用男女拖鞋

【 House Slipper 】 Japanese Comfortable Sole Shower Slippers House Slippers Indoor Slipper Home Sandas 家用男女拖鞋

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

Must Watch Video

Advertisement