Skip to main content

Selebriti

Sweet! Amira Othman Titip Ucapan Manis Buat Fattah Amin, Netizen Usik - "Nanti Dah Boleh Panggil Sayang"

Amira wish birthday Fattah

Penyanyi, Amira Othman mencuri perhatian netizen apabila berkongsi foto bakal suaminya, Fattah Amin sambil menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran pelakon itu.

Menerusi hantaran di Instagram, Fattah kelihatan tersenyum lebar sambil membuat isyarat tangan berbentuk hati.

Advertisement

“Selamat hari jadi Fattah Amin. Moga Allah kurniakan rahmat, berkat, kasih sayang, rezeki, kebahagiaan, iman dan kesihatan tubuh badan. Semoga yang baik-baik untuk manusia sebaik awak. Selamat menyambut ulang tahun ke-35,” tulis Amira.

Menariknya, Fattah turut membalas ucapan tersebut di ruangan komen dengan mendoakan agar doa-doa Amira kembali kepada empunya diri.

“Alhamdulillah terima kasih Amira. Semoga Allah kabulkan semua doa-doa dari orang yang baik juga macam awak. Menjadi eh kejutan awak,” tulis Fattah.

Perkongsian itu meraih perhatian rakan artis dan netizen yang bukan sahaja mengucapkan selamat hari jadi kepada Fattah, malah sempat mengusik pasangan tersebut menjelang hari pernikahan mereka.

“Ecece hadiah paling bermakna buat Fattah di hari lahirnya yang ke-35.

“Selamat hari jadi bakal suami Amira. Semoga dipermudahkan urusan.

“Nanti dah boleh panggil sayang.

“Wah dah boleh love-love.

“Sannah Helwah yang ke-35. Semoga dipermudahkan semua urusan,” komen netizen.

Terdahulu, Fattah pernah mencuri perhatian ramai apabila membuat kejutan melamar Amira di sebuah acara apabila muncul dari belakang pentas ketika penyanyi itu sedang berduet bersama adiknya, Irfan Haris, menerusi lagu Rasa & Takdir.

Must-Watch Video

Advertisement