Skip to main content

Selebriti

Tak Benar Walk In Rembayung, Azhar Sulaiman Tegur Khairul Aming - “Tak Salah Guna Pendekatan Diplomatik"

azhar KA

Sekilas

  • Pelakon Azhar Sulaiman beri komen kurang senang terhadap cara Khairul Aming umumkan sistem tempahan restoran Rembayung yang tidak benarkan walk-in, termasuk ahli politik.
  • Azhar rasa gaya bahasa Khairul Aming dalam video itu agak kasar dan mencadangkan supaya cara penyampaian dibuat dengan lebih diplomatik.
  • Azhar juga berpendapat isu tersebut tidak perlu dikongsi di media sosial dan berharap perniagaan Khairul Aming terus maju.
Advertisement

Pelakon, Azhar Sulaiman mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen pada video usahawan, Kahirul Aming berhubung system tempahan di restoran Rembayung, baru-baru ini.

Menerusi komen tersebut, Azhar meluahkan rasa kurang senang dengan penyampaian dan pengunaan ayat Khairul Aming yang tidak membenarkan 'walk-in' kepada mana-mana individu meskipun daripada golongan ahli politik.

Advertisement

"Behar rasa gaya awak bercakap dan pengunaan perkataan awak buat saya terasa hati sikit. Mungkin awak boleh cakap dengan cara yang berbeza," tulisnya.

Dalam masa sama, Azhar atau mesra disapa sebagai Behar menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak perlu dikongsikan di media sosial kerana berpendapat bahawa perniagaan amat digalakkan menggunakan pendekatan diplomatik.

"Tak perlu beritahu kenapa tak boleh. Buat pendek dan mudah. Kalau duit geng VIP tiada nilai bagi Khairul Aming, jadi biarkan sahaja lah.

"Dalam perniagaan tak salah untuk guna pendekatan diplomatik. Sekali lagi, ini bukan perniagaan saya, jadi semoga yang terbaik sahaja KA,"ujarnya

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Rendang Nyet Berapi by Khairulaming

Rendang Nyet Berapi by Khairulaming

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Serunding Ayam 500G

Serunding Ayam 500G

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

Must Watch Video

Advertisement