Skip to main content

Berita

Tak Sedar Lima Tahun Jiran Sebelah Curi Elektrik Rumah

ASTROGEMPAK Jiran

Sekilas

  • Seorang jiran didakwa mencuri bekalan elektrik dari rumah bersebelahan sejak April 2021 hingga Jun 2026 tanpa disedari mangsa.
  • Pemeriksaan bersama syarikat utiliti elektrik Indonesia, PLN, mengesahkan terdapat sambungan kabel elektrik yang dipasang secara tidak sah melalui dinding rumah mangsa.
  • Kes ini menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai selepas mangsa berkongsi pengalaman tersebut secara terbuka.
Advertisement

Kegiatan seorang jiran yang didakwa mencuri bekalan elektrik daripada rumah bersebelahan sejak lima tahun lalu akhirnya terbongkar selepas pemeriksaan dilakukan bersama pihak syarikat utiliti elektrik Indonesia, PLN.

 

Advertisement

Menurut laporan portal Lambe Turah, kejadian itu mula mendapat perhatian ramai selepas mangsa berkongsi pengalaman tersebut menerusi media sosial.

 

Mangsa memaklumkan bahawa pemeriksaan yang dijalankan bersama petugas PLN mendapati terdapat sambungan elektrik yang disalurkan dari rumahnya ke kediaman jiran berkenaan.

 

“Jiran didapati menggunakan elektrik dari rumah saya sejak April 2021 dan perkara itu hanya disedari pada 15 Jun 2026,” katanya dalam hantaran tersebut.

 

Mangsa berkata, siasatan lanjut yang dijalankan oleh petugas PLN dengan kerjasama ketua kejiranan mengesahkan wujud sambungan kabel elektrik yang dipasang secara tidak sah.

 

“Hasil pemeriksaan mendapati kabel elektrik dari rumah saya telah ditebuk melalui dinding dan disambungkan terus ke rumah jiran.

 

“Di dalam rumahnya pula terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menyembunyikan aliran elektrik tersebut, menyebabkan perbuatan itu tidak disedari selama bertahun-tahun,” katanya.

 

Kes berkenaan kini tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna internet. 

 

Sumber – Agensi menerusi Sinar Harian.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement