Skip to main content

Viral

Takut Dimarahi Pegawai, Punca Anggota TUDM Sorok Diri

tudm

Takut dimarahi pegawai atasan selepas terlibat dalam kes langgar lari dipercayai menjadi punca seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang memilih untuk bersembunyi hampir dua minggu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, Laskar Udara Kanan, Muhammad Ammar Mohd. Ariffin, 27, ditemui di sebuah kondominium di Ampang Jaya kira-kira pukul 1 petang tadi.

Advertisement

Menurut beliau, Muhammad Ammar ditemui oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang ketika berada di sebuah unit kediaman milik seorang wanita dipercayai teman wanitanya.

“Siasatan awal mendapati Muhammad Ammar menghilangkan diri kerana takut kepada pegawai selepas terlibat dalam satu kes langgar lari sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, misteri kehilangan Muhammad Ammar sejak 23 Ogos lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui di kawasan Ampang.

Muhammad Ammar dilaporkan hilang selepas pergi mandi-manda di Sungai Kedondong pada 23 Ogos.

Dia kali terakhir dipercayai memandu Proton Satria berwarna biru tidak pulang ke kem pada 24 Ogos selain tidak dapat dihubungi oleh keluarga dan rakan-rakan. 

Must-Watch Video